April 27, 2024

Zack Kapcai – Antara Motor, Cinta, Keluarga & Persahabatan

Zack Kapcai
Zack Kapcai – Filem ke-113 terbitan MIG Pictures bergenre komedi aksi akan menemui penonton di pawagam pada 14 Julai 2016.

Filem arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini merupakan filem yang mengandungi elemen-elemen komedi dan aksi yang seimbang.

Walaupun menerapkan elemen pemotoran sebagai subjek utama, namum plot penceritaannya masih mengekalkan elemen komedia sebagai rencah utama mencantikan lagi jalan cerita.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sub-plot yang begitu dekat dengan masyarakat seperti elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang serta pencintaan yang disampaikan dalam bentuk bersahaja.

Boleh dikatakan, filem ini agak ringan untuk dihadam dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur.

Membariskan pelawak tempatan yang terkenal yakni Fad Bocey, Syuk SYJ dan Rahim R2 sebagai peneraju utama. Pasti anda tidak kering gusi melihat telatah mereka yang bersahaja.
Zack Kapcai
Tidak lupa juga kepada Epy Kodiang, Shahfiez (seorang “stunt man” yang agak terkenal dalam dunia permotoran) dan Serina Redzuawan yang kini mula membuat “comeback” dalam dunia lakonan.

Siapa heroinnya?

Zack Kapcai memberi peluang kepada pelakon baru yang sedang meningkat naik, Julia Marin sebagai heroinnya.

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Zack Kapcai mengisahkan tentang Zack (Fad Bocey) yang suka berlumba motor walaupun kenyataannya dia sendiri tidak memiliki motor. Bagaimanapun minat beliau ditentang keras oleh ibunya, Minah (Serina Redzuawan).

Kenapa?

Kerana ibu dan ayahnya bercerai disebabkan oleh perangai ayahnya, Rudy (Rahim R2) yang bergelar Raja Kapcai membawa pulang Chikaro sebagai hadiah kemenangan pulang ke rumah.

Kau dah kenapa Bro? Memang cari nahas namanya.

Kerana minatnya terhadap lumba motor, Zack kehilangan kawan baiknya Roy (Syuk SYJ) akibat kalah pertaruhan sewaktu berlumba motor dimana Motor kesayangan Roy yakni Qistina jatuh ke tangan Zack yang sememangnya tiada motor.

Sehingga pada satu hari, Zack terjumpa keratan akhbar dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”yang terpapar wajah ayah dan ibunya. Maka Zack bertekad untuk menjejaki ayah dan adik kandunganya yang telah lama terpisah.

Malangnya, Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina terpaksa mencuri motornya dari Zack.

Zack kecewa bila dapati motornya hilang dan putus harapa untuk menjejaki ayah dan adik kandunganya. Ibunya terpaksa dedahkan lokasi motorsikal lagenda Raja Kapcai yang disoroknya selama ini. Zack makin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.

Dapatkah zack temui ayah dan adik kandunganya? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan kembali?

Zack Kapcai
Dah kenapa memasing mulut ternganga nie?

Sama-sama kita saksikan di pawagam mulai 14 Julai 2016. Semua persoalan anda akan terjawab dengan gelak ketawa hahahaha.

Gerak Lu, Paper Roger

Trailer Filem Zack Kapcai

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Zack Kapcai – Antara Motor, Cinta, Keluarga & Persahabatan

Leave a Reply to Hanny Abdullah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *