March 17, 2025

Panggung Mesra Kanak-Kanak Diperkenalkan oleh TGV Cinemas

TGV Cinemas Family FriendlyAnda kini boleh menonton filem di panggung wayang bersama anak-anak, dimana kini terdapat panggung wayang berkonsepkan mesra kanak-kanak telah diperkenalkan di Malaysia.

Diatas respon yang menggalakkan dari ibubapa, TGV Cinemas kini telah mengembangkan konsep Panggung Mesra Keluarga kepada 10 lokasi di sekitar Lembah Klang.

Kini, sesi mesra kanak-kanak boleh didapati di TGV Cinemas Kepong, Mines, Cheras Sentral, 1 Shamelin, Suria KLCC, Sunway Putra, Wangsa Walk, Setia Walk dan Bukit Tinggi bermula 2 Julai 2016.

Sebagai tanda, pihak TGV Cinemas telah berkerjasama dengan Twentieth Century Fox mengadakan Ice Ages : Collision Course Premiere Party di TGV 1 Utama pada tarikh yang sama.

Anda boleh dapatkan tiket pada harga RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Selain TGV Cinemas sekitar Lembah Klang, Sesi Mesra Keluarga ini turut boleh dirasai di TGV Cinemas Tebrau, Kulaijaya, Bukit Indah, Mesra Mall dan Seremban 2 juga.

Tiket boleh dibeli melalui laman web www.tgv.com.my atau walk-in ke TGV Cinemas yang terlibat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Panggung Mesra Kanak-Kanak Diperkenalkan oleh TGV Cinemas

  1. Bagus juga ada panggung wayang khas untuk kanak-kanak macam ni… Boleh tayangkan cerita yang sesuai untuk golongan kanak-kanak sahaja… Lagi pun tiket pun murah…. Memang sesuai sangat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *