March 20, 2025

Happy Family Day Anjuran IJM Land di Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu
Bro dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk menyertai Happy Family Day yang berlangsung dari 28 – 29 Mei 2016 di IJM Bandar Rimbayu.

Banyak aktiviti menarik diadakan di sini untuk seisi keluarga. Sesambil itu, cuci mata melihat beberapa projek perumahan dibawah IJM Land.

Mana tahu, kot-kot ada yang berkenan di hati.

Antara aktiviti menarik yang diadakan di sini untuk seisi keluarga.
Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Antaranya, aktiviti berbasikal (Bro xcuba T-T), 5D Cinema (Panjang orang que nak menyaksikan movie 5D ini), Zorb-Ball, flea market dan aksi badut yang menghiburkan anak-anak.

Terdapat juga,

Sesi urutan bahu / tengkuk atau urutan kaki dari tukang urut yang mempunyai masalah penglihatan.

Selain, aktiviti ini. IJM Land juga turut melayan tetamu yang hadir untuk melihat beberapa projek yang sedang mereka jalankan. Mana la tahu ada yang berkenan di hati, boleh terus sambar sebiji dua rumah.

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

IJM Bandar Rimbayu

Untuk pengetahuan anda, Bandar Rimbayu dibangunkan oleh IJM land dan diinspirasikan dari nostalgia ketika dulu dimana ketika dulu kehidupan lebih simple, dekat dengan alam, selamat dan ikatan kejiranan yang kuat.

Dibangunkan dikawasan seluas 1,879 ekar, Bandar Rimbayu terdiri dari beberapa kawasan perumahan, komersial, rekriasi dan kawasan taman.

Dihubungkan dan berdekatan dengan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), LebuhrayaKemuning – Shah Alam (LKSA), Expressway Lingkaran Tengah (ELITE) dan South Klang Valley Expressway (SKVE).

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

2 Finalis iLDA 2016 berentap di IJM Bandar Rimbayu

Sewaktu Happy Family Day ini, pengunjung berpeluang untuk melihat hasil sentuhan 2 finalis IJM Land Designer Award 2016 (iLDA 2016) pada 2 rumah yang dipamerkan kepada umum.

Bagi cabaran ini, terdapat 100 peserta yang terdiri dari pereka dalaman menyertainya. Bagaimanapun hanya 14 penyertaan disenarai pendek untuk pusingan ke-2.

Pada akhirnya, hanya 2 peserta sahaja yang tinggal yakni Goh Sow Yee dan Leo Wong Kwan Theng.

Sebagai cabaran terakhir, mereka berpeluang merealisasikan konsep rekaan dalaman terhadap “Rumah Pameran” di Bandar Rimbayu.

Setiap seorang diperuntukan bajet sebanyak RM150,000 mengunakan bahan yang disediakan oleh penaja Platinum Signature Kitchen Sdn Bhd dan Urban Culture by Fella Group. Begitu juga dengan penaja Gold Malaysia Sdn Bhd, Jotun Paints (M) Sdn Bhd dan Inovar Resources Sdn Bhd.

Peserta A
Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Peserta B
Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Happy Family Day - IJM Bandar Rimbayu

Sebelum pulang,

Tetamu yang hadir diberi peluang untuk mengundi rekaan dalaman yang mana menjadi pilihan mereka.

Bagi Bro, kedua-dua rekaan juga menarik. Citarasa setiap orang berbeza, tetapi rekaan mereka yang sesuai dan agak kreatif hingga menyukarkan Bro nak buat pilihan.

Bagaimanapun, undi tetap kena undi.

Jangan tanya Bro undi yang mana satu. Undi adalah rahsia.

Happy Family Day di Bandar Rimbayu

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :-

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Happy Family Day Anjuran IJM Land di Bandar Rimbayu

  1. kalau dah pindah rumah tuh, jangan lupa jemput kami ni walaupun tak kenal lama, tapi nampak kematangan bro buat lawak kat facebook, since kenal 2016,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *