You are here
Home > Jalan Cari Makan > Karipap King Kong Kuala Selangor

17,642,992 total views, 4,125 views today

Karipap King Kong Kuala Selangor

Karipap KingKong Kuala Selangor
Asal ke Kuala Selangor, mesti rasa nak singgah sini.

Dulu ia dikenali sebagai Karipap Gergasi. Kini mereka mula dikenali sebagai Karipap King Kong di mana ianya lebih besar dari saiz sebelumnya.

Kali terakhir Bro singgah sini sekitar tahun 2014.

Waktu itu, karipapnya berharga RM3.50. Boleh baca artiklenya di Karipap Gergasi Kuala Selangor.

Tapi, menurut Kak Cik Seroja, dulu harganya dalam RM3.00 (sumber).

Bila baca blog Kak Cik Seroja, baru tahu kita boleh beli karipap yang belum lagi dimasak untuk dimasak di rumah. Ok next time kena beli yang belum dimasak, leh masak dekat rumah dan nikmati sambil tengok tv.

Karipap KingKong Kuala Selangor
Packaging lebih menarik berbanding sebelum nie, dimana terdapat cop diatasnya he…23x

Berkenaan dengan saiznya, Bro kurang pasti ianya sama besar atau lebih besar berbanding Karipap Gergasi satu ketika dahulu.

Seperti biasa,

Bro beli karipap ayam dan juga daging. Setiap satunya berharga RM4.50.

Karipap KingKong Kuala Selangor

Karipap KingKong Kuala Selangor

Close up inti karipap gergasi.

Setiap gigitan terasa keenakan inti yang padat didalamnya. Berbaloi dengan harganya.

Malangnya kenikmatannya kurang terasa dek cuaca yang tengah panas membahang. Kalau tengah hujan, mahu order lagi nie.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Karipap King Kong Kuala Selangor

Leave a Reply

Top