Asal ke Kuala Selangor, mesti rasa nak singgah sini.
Dulu ia dikenali sebagai Karipap Gergasi. Kini mereka mula dikenali sebagai Karipap King Kong di mana ianya lebih besar dari saiz sebelumnya.
Kali terakhir Bro singgah sini sekitar tahun 2014.
Waktu itu, karipapnya berharga RM3.50. Boleh baca artiklenya di Karipap Gergasi Kuala Selangor.
Tapi, menurut Kak Cik Seroja, dulu harganya dalam RM3.00 (sumber).
Bila baca blog Kak Cik Seroja, baru tahu kita boleh beli karipap yang belum lagi dimasak untuk dimasak di rumah. Ok next time kena beli yang belum dimasak, leh masak dekat rumah dan nikmati sambil tengok tv.
Packaging lebih menarik berbanding sebelum nie, dimana terdapat cop diatasnya he…23x
Berkenaan dengan saiznya, Bro kurang pasti ianya sama besar atau lebih besar berbanding Karipap Gergasi satu ketika dahulu.
Seperti biasa,
Bro beli karipap ayam dan juga daging. Setiap satunya berharga RM4.50.
**** iklan di Bro Framestone *****
Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.
Close up inti karipap gergasi.
Setiap gigitan terasa keenakan inti yang padat didalamnya. Berbaloi dengan harganya.
Malangnya kenikmatannya kurang terasa dek cuaca yang tengah panas membahang. Kalau tengah hujan, mahu order lagi nie.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Teringat karipap gergasi di stesen minyak Petronas di Seremban juga ada jual karipap gergasi dan karipap gergasi inti rendang.
Petronas sebelah mana itu ek?
R&R Plus hentian Seremban menghala ke Selatan.
Setiap kali pergi ke Kuala Selangor memang perasan ada orang jual karipap ni… tapi belum pernah beli lagi setakat ini..
Nampak sangat drive laju sampai terlepas kedai yang wajib dikunjungi sekiranya ke Kuala Selangor he..23x
Pehh… memang king!!… akan singgah beli ni klu ke kuala selangor nnti. Thanks sharing Bro.
Sama-sama, memang berbaloi membelinya jika ke Kuala Selangor.
kalau beli sebiji pun boleh kenyang ni. Karipap saiz XL.
Beli sebiji, kalau kongsi… rasa nak kena beli lagi he…23x
pernah beli tahun lepas rasanya masa bulan puasa kat gombak, tp macam tak menarik sgt. yang kat kuala selangor ni ok kot
Bergantung juga, sebab yang popular hanya di Kuala Selangor.
King kong sungguh..besar sangat…
Lepas ini, Karipap Godzilla pula kot
Kalau makan satu ok la ni bro…kalau makan dua…mesti da kenyang da…hehe