April 27, 2024

Bercuti di Grand Bluewave Hotel Johor Bahru

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru
Entah macam mana tergerak hati nak bercuti di Grand Bluewave, Johor Bahru.

Disebabkan, Bro tidak pernah lajak sampai ke Johor Bahru, maka puan isteri cadangkan kepada Bro untuk bercuti ke sana, alang-alang memang kami ingin pulang Johor untuk seminggu.

Sebelum bergerak keluar dari rumah, terus Bro buat tempahan secara Online.

Alhamdulillah dapat harga murah walaupun check-in adalah esok untuk Executive Suites City View. Kemudian terus buat pembayaran secara Online, kiranya – esok datang, terus daftar check-in dan tak perlu buat apa-apa pembayaran.



Sampai sahaja di Grand Bluewave, Johor Bahru

Terus check-in. Sebab badan penat sangat drive, nak berehat dan cuaca di Johor Bahru waktu itu tengah hujan. Kemana nak berjalannya kalau hujan-hujan macam nie.

Sewaktu mendaftar, pihak di kaunter bagitau mereka telah upgrade bilik Bro secara PERCUMA ke Executive Suites Sea View (Harganya hanya berbeza beberapa puluh sahaja sewaktu Bro check online tempoh hari).

Bagaimanapun pihak hotel minta kita buat deposit RM100 dan akan dipulangkan sewaktu kita check-out.

Executive Suites Sea View

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Masuk sahaja bilik, terus nampak pantry dekat sebelah pintu masuk.

Agak besar dan luas juga, macam boleh memasak je dekat sini he…23x Terus jadi port untuk meletak barang keperluan Baby Fisha. Nanti senang nak buat susu dia ke apa ke yang perlu.

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Lajak ke depan sedikit,

Ada ruang tamu yang cukup luas untuk beristirehat.

Ada meja makan kecil, sofa untuk menonton tv dan meja yang secara automatiknya menjadi workstation Bro untuk buat kerja / online sepanjang tinggal di sini.

Malangnya, kesemua perabot ini Bro perlu tolak rapat ke dinding untuk bagi lebih ruang kepada Baby Fisha yang masih dalam fasa nak belajar berjalan.

Memang seronok dia dapat berjalan dan terkedek-kedek berlari. Sebab karpet dia lembut dan tak sakit jika terjatuh.

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Tempat tidur pula terletak dibilik sebelahnya.

Kiranya, tempat tidur dan ruang tamu terpisah. Maka, Bro boleh buat kerja tanpa menganggu Baby Fisha dan puan isteri beristirehat atas katil.

Baby Fisha Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Tapi susah juga nak tidurkan Baby Fisha, dia agak aktif juga dalam bilik, turun katilnya, siap berjalan-jalan dalam bilik. Main-main depan cermin, tau-tau je dah ada dekat ruang tamu sebab pintu bilik tak tertutup?

Ummi dia?

Dah lama terlelap he…23x

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Dalam bilik juga disediakan TV.

Kiranya ada 2 TV disediakan. Kira bagus sangat ini, puan isteri layan drama melayu, Bro pula tengok movie dekat depan.

Begitu juga dengan aircond, 1 dalam bilik tidur, 1 lagi di ruang tamu.

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Bilik mandi pun agak luas,

Tab mandi disediakan, seronok Baby Fisha mandi dan main air dalam itu.

Dari tingkap bilik, dah nampak Selat Tebrau dan juga Tambak Johor (Malangnya Bro tak ambil pula gambarnya)

Waktu petang,namapk kenderaan berpusu-pusu tersekat dalam jem nak masuk Malaysia. Waktu pagi pula, namapk kenderaan berpusu-pusu tersekat dalam jem nak masuk Singapura.

Grand Bluewave Hotel Johor Bahru

9R, Jalan Bukit Meldrum
90300 Johor Bahru, Johor
Malaysia

Telephone no.: 607 221 6666
Fax no.: 607 222 9473

Laman Web : www.grandbluewave-johorbahru.com



Booking.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Bercuti di Grand Bluewave Hotel Johor Bahru

  1. dulu2 selalu juga bermalam kat Mutiara Hotel bila ke JB. tak terfikir langsung nak datang ke sini. bilik nampak cantik. seaview nya pun mesti nice, kan? sambil2 tengok trafik kat tambak. hehe..

  2. kalau yang travel ataupun bercuti boleh la pilih hotel bluewave ni.pernah datang bluewave ni,tapi kat luar je..haha…orang jb,sayang pulak nak duduk hotel kat jb ni…datanglah lagi…boleh mainĀ² dengan baby fisha..hbislah dia buli baby fiyah..hahaha

Leave a Reply to Oja Samid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *