17,171,183 total views, 1,034 views today

Bercuti di Grand Bluewave Hotel Johor Bahru

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru
Entah macam mana tergerak hati nak bercuti di Grand Bluewave, Johor Bahru.

Disebabkan, Bro tidak pernah lajak sampai ke Johor Bahru, maka puan isteri cadangkan kepada Bro untuk bercuti ke sana, alang-alang memang kami ingin pulang Johor untuk seminggu.

Sebelum bergerak keluar dari rumah, terus Bro buat tempahan secara Online.

Alhamdulillah dapat harga murah walaupun check-in adalah esok untuk Executive Suites City View. Kemudian terus buat pembayaran secara Online, kiranya – esok datang, terus daftar check-in dan tak perlu buat apa-apa pembayaran.



Sampai sahaja di Grand Bluewave, Johor Bahru

Terus check-in. Sebab badan penat sangat drive, nak berehat dan cuaca di Johor Bahru waktu itu tengah hujan. Kemana nak berjalannya kalau hujan-hujan macam nie.

Sewaktu mendaftar, pihak di kaunter bagitau mereka telah upgrade bilik Bro secara PERCUMA ke Executive Suites Sea View (Harganya hanya berbeza beberapa puluh sahaja sewaktu Bro check online tempoh hari).

Bagaimanapun pihak hotel minta kita buat deposit RM100 dan akan dipulangkan sewaktu kita check-out.

Executive Suites Sea View

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Masuk sahaja bilik, terus nampak pantry dekat sebelah pintu masuk.

Agak besar dan luas juga, macam boleh memasak je dekat sini he…23x Terus jadi port untuk meletak barang keperluan Baby Fisha. Nanti senang nak buat susu dia ke apa ke yang perlu.

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Lajak ke depan sedikit,

Ada ruang tamu yang cukup luas untuk beristirehat.

Ada meja makan kecil, sofa untuk menonton tv dan meja yang secara automatiknya menjadi workstation Bro untuk buat kerja / online sepanjang tinggal di sini.

Malangnya, kesemua perabot ini Bro perlu tolak rapat ke dinding untuk bagi lebih ruang kepada Baby Fisha yang masih dalam fasa nak belajar berjalan.

Memang seronok dia dapat berjalan dan terkedek-kedek berlari. Sebab karpet dia lembut dan tak sakit jika terjatuh.

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Tempat tidur pula terletak dibilik sebelahnya.

Kiranya, tempat tidur dan ruang tamu terpisah. Maka, Bro boleh buat kerja tanpa menganggu Baby Fisha dan puan isteri beristirehat atas katil.

Baby Fisha Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Tapi susah juga nak tidurkan Baby Fisha, dia agak aktif juga dalam bilik, turun katilnya, siap berjalan-jalan dalam bilik. Main-main depan cermin, tau-tau je dah ada dekat ruang tamu sebab pintu bilik tak tertutup?

Ummi dia?

Dah lama terlelap he…23x

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Dalam bilik juga disediakan TV.

Kiranya ada 2 TV disediakan. Kira bagus sangat ini, puan isteri layan drama melayu, Bro pula tengok movie dekat depan.

Begitu juga dengan aircond, 1 dalam bilik tidur, 1 lagi di ruang tamu.

Bercuti di Grand Bluewave Johor Bahru

Bilik mandi pun agak luas,

Tab mandi disediakan, seronok Baby Fisha mandi dan main air dalam itu.

Dari tingkap bilik, dah nampak Selat Tebrau dan juga Tambak Johor (Malangnya Bro tak ambil pula gambarnya)

Waktu petang,namapk kenderaan berpusu-pusu tersekat dalam jem nak masuk Malaysia. Waktu pagi pula, namapk kenderaan berpusu-pusu tersekat dalam jem nak masuk Singapura.

Grand Bluewave Hotel Johor Bahru

9R, Jalan Bukit Meldrum
90300 Johor Bahru, Johor
Malaysia

Telephone no.: 607 221 6666
Fax no.: 607 222 9473

Laman Web : www.grandbluewave-johorbahru.com



Booking.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 thoughts on “Bercuti di Grand Bluewave Hotel Johor Bahru

  1. ila duduk kat Marina Bay Resort baru2 nie pun okey gak… Hotel yg Bro duduk nie pun nampak best. Boleh try lain kali

    1. Ada masa, try la… Tapi ambil bilik macam Bro, baru rasa berbaloi-baloi

  2. Bestnya dapat bawa famili bercuti. .. saya pun ada plan juga nak bawa isteri dan anak-anak bercuti pada bulan Disember nanti. ..

    1. Next cuti tak tahu nak kemana. Cadang nak plan awal-awal nak merayap ke mana.. Risau jadi macam tempoh hari, memerap dalam bilik je

  3. baby fisya kena tidur kat lantailah bro….kalau tak kita yg tak senang duduk,..takut terjun…

    1. Takdenya dia nak tidur dekat lantai. Bila daddy dia tidur dekat lantai, baru dia nak join sama

  4. dulu2 selalu juga bermalam kat Mutiara Hotel bila ke JB. tak terfikir langsung nak datang ke sini. bilik nampak cantik. seaview nya pun mesti nice, kan? sambil2 tengok trafik kat tambak. hehe..

    1. Nice sangat view… lepak2 sambil usha trafik dekat tambak he…23x

    1. Yup sekali dengan sarapan 🙂

  5. Salam bro… nice kan GBW JB… kalau dapat view laut lagi tambah2 best tapi view laut makna view Singapore… harga jadi lebih mahal

    1. Alhamdulillah, di upgarde dari city view ke sea view secara percuma.

      Malangnya pemandangan tak beberapa cantik sangat, sebab depan dia ada construction.

  6. Sesuai sangat untuk yang berkeluarga. Kalau lapar tengah malam boleh masak yang ringan-ringan untuk mengalas perut.

    1. Nak masak tue, Kena la beli bahan-bahannya. Sebab memang tak disediakan di hotel T-T

  7. johor juga antara tempat yang tak pernah aku pergi bercuti..setakat singgah dan untuk urusan kerja semata-mata

    1. Next time kena datang balik nie, tak sangka, malam ada banyak tempat yang hidup

  8. Boleh tahan menarik gak…

    1. Memang menarik, rasa macam rumah kedua pun ada gak nie

  9. Wow! best sangat ni kalau boleh bercuti ikut suami gi out station boleh request menginap kt sini pula

  10. Company SA kerja ni ada corporate rate kat sini…boleh tahan murah jugak…next nak pi JB bleh stay sini…

    1. Untungnya… Rasa menyesal pula tak guna gomen rate tempoh hari he…23x

  11. kalau aku ke JB memang tak tido hotel le..rumah mak mentua aku ada sana..ahaha

    1. Untung la mak mertua sana… Gua pula dah selalu tidur Parit Raja, so saja nk tukar angin pula

  12. kalau yang travel ataupun bercuti boleh la pilih hotel bluewave ni.pernah datang bluewave ni,tapi kat luar je..haha…orang jb,sayang pulak nak duduk hotel kat jb ni…datanglah lagi…boleh main² dengan baby fisha..hbislah dia buli baby fiyah..hahaha

    1. Memang kalau ke JB lagi, akan pilih hotel nie… Rasa berbaloi la pulak

  13. Menarik kalau dapat bercuti disana..

  14. ingin sekali kesana liburan keluarga,,berapa ya ?

Leave a Comment