rakan blogger
Bagi peluang kepada blogger baru. Menjadi topik perbualan dalam “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 42.

Ini bukannya luahan dari Bro, bukan juga dari sesetengah rakan blogger. Cuma nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger yang lain. Bagaimanapun semua gambar dalam entry ini adalah hiasan merangkap penyeri entry ini.

Harap tiada mana-mana pihak yang sentap pula dengan apa yang Bro tuliskan dalam entry ini.

Bagi Peluang Kepada Blogger Baru

Bro rasa, makin lama makin bertambah jumlah blogger di Malaysia ini. Ada yang Bro kenal dan makin banyak yang Bro tak kenal.

Tapi nak cakap macam mana, dorang pun belum tentu kenal Bro. Ye la, siapa la Bro nie kan. Tulis merapu je dekat blog + syok sendiri. Just kawan dan kenalan sahaja yang sudi datang ke blog ini setiap hari.

Sebenarnya tadi, Bro ternampak status rakan blogger di facebook dimana dia perlukan blogger yang betul-betul IKHLAS untuk support event dia tanpa sebarang bayaran (tetapi ada goodies bag etc)

Bro pula, bukannya blogger yang betul-betul ikhlas boleh support member. Banyak faktor kena utamakan lagi-lagi bila sudah berkeluarga, duduk jauh dari KL, kereta sebiji kongsi dengan wife dan masa selalu mencemburui Bro.

rakan blogger

Kalau tak support, risau orang cakap “Bro Framestone itu sombong, belagak nak mampus, Bajet Hot Stuff Blogger etc”

(hati orang, siapa yang tahu kan).

Tetapi memang Bro tak mampu nak bagi kata putus. Wife pula tak tahu kerja ke tak hari itu dan Bro pun xtau ada event/projek dekat KL waktu itu. Jika ada, boleh turun KL sekali harung semua sekali. Kalau setakat turun KL untuk 1 event, rasanya tak berbaloi sangat.

Alhamdulillah, rakan blogger itu memahami keadaan Bro.

Dia cakap, bagi peluang kepada blogger baru he…23x Oh dah lama rupanya gua dalam dunia blogging ini.

Yup, betul katanya. Bagi peluang kepada blogger baru. Tak perlu berebut-rebut nak itu nak ini (tapi akhirnya tak boleh nak bagi komitment). Dari macam tue, baik bagi peluang kepada orang lain.

Mungkin korang boleh baca Luahan Hati Seorang Blogger – Part 24. Lebih kurang je situasinya dengan apa yang disampaikan diatas.

Elakkan Sifat Cemburu Sesama Blogger

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Rasanya elok elakkan perasan atau sifat cemburu sesama blogger.

  • Bila dengar cerita ada blogger dapat jemputan event itu ini, kita cemburu. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger dapat tajaan melancong, kita cemburu. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger masuk tv/majalah/surat khabar, kita cemburu. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger jadi duta produk. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger dapat jana pendapatan dari blog. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger dapat tawaran berlakon. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger asik memang contest je memanjang. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger asik diperkatakan oleh blogger-blogger atau orang-orang lain. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.
  • Bila dengar cerita ada blogger bercinta/kahwin/skandal dengan selebriti. Kenapa kita tak dapat, bagus sangat ke blog dia.

Ok, itu dah melampau sangat dah tue… Sikit-sikit udah.

Spritzer Ruby dan Namee Roslan

Bro sendiri akui, sifat cemburu seperti diatas ada dalam diri Bro. Begitu juga dengan diri anda. Jangan tipu, dosa he…23x

Tapi cemburu yang membawa kepada perkara positif lebih bagus dari cemburu yang membawa kepada perkara negatif. Contohnya kita canang keburukan dia, aib dia etc. Sedangkan dia sedikit pun takde buat salah dengan anda.

Belum lagi kes, blogger bermuka-muka. Depan baik, belakang….. Fikir-fikir sendiri.

Bicara Bro : Jika ada rakan-rakan blogger yang berjaya. Sokong mereka, kadangkala bukan senang mereka nak kecapi apa yang mereka rasa sekarang.

Ada masa, perhatikan blog anda, munasabah diri anda juga. Dari situ mungkin anda tahu tang mana yang kurang dan tang mana yang perlu diperbaiki.