17,167,089 total views, 609 views today

Rezeki Seorang Blogger

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Blogilvy Nur Elfisha Bro Framestone
Inikah yang dinamakan sebagai rezeki seorang blogger?

Dalam masa kurang 24 jam. Mendapat 3 khabar gembira yang mampu buat Bro tersenyum dan rasa berbaloi menjadi seorang blogger sejak tahun 2006.

Jika sebelum ini, Bro mendapat 3 iPad Mini dalam tempoh masa kurang 2 bulan (Memang ini dinamakan rezeki)

1 – Menang iPad Mini Dari P1

Menang iPad Mini Dari P1

Menang hadiah contest anjuran P1 dan memenangi iPad Mini.

Gambar bersama rakan-rakan blogger yang juga memenangi contest yang dianjurkan oleh P1. Al-fatihah buat rakan blogger – Arwah Shahril yang merupakan salah seorang pemenang.

info lanjut di Blogger Menang iPad Mini Dari P1

2 – Menang iPad Mini Lagi Dari P1

iPad Mini Dari P1

Ini pula sewaktu gathering blogger P1.

Menang cabutan bertuah je. Memang bertuah rupanya Bro ini (itu kata orang kuat P1 waktu event itu)

info lanjut di Menang iPad Mini Lagi Dari P1

3- David Teo Hadiah iPad Mini

iPad Mini David Teo MiG

David Teo selaku CEO Metrowealth International Group (MiG) berbesar hati menghadiahkan iPad Mini kepada blogger dan media yang selama ini memberi kerjasama mempromosikan produk mereka.

Tak sia-sia, lebih 2 tahun (waktu dapat tue la) Bro aktif bersama Metrowealth.

Waktu ini, hanya Bro dan juga Nisa Kay sahaja yang dapat.

info lanjut di David Teo Hadiah iPad Mini Kepada Blogger

Murahnya Rezeki Sebagai Seorang Blogger

Blogging sudah menjadi salah satu kerjaya Bro selama ini. Maka seeloknya Bro gunakan ianya sebagi mungkin sebagai salah satu platform mencari sumber pendapatan.

Maka, ada baiknya jika Bro mampu menjadikan kerjaya blogger sebagai satu ibadat.

Bro harap, rakan-rakan yang lain juga begitu.

Dalam tempoh 24 jam Bro terima 3 khabar gembira. Bro rasa nak kongsikan ianya di blog ini :-

1 – Menang contest 100 Plus

Semalam Bro terima DM di twitter dari pihak 100Plus yang mengejutkan Bro. Memang terkejut, dan tak sangka Bro boleh menang hadiah sebanyak itu.

Tweet Menang Contest 100PLUSHB

Menang wang tunai.

Alhamdulillah, rezeki walaupun waktu itu, sesuka je join contest yang mereka anjurkan.

100PLUS Heat Buster Winner

Malangnya, Bro bukannya pemenang utama.

Tak kisahlah, Bro tetap bersyukur dengan apa yang Bro menang ini. Rezeki dariNya.

2 – Menang contest P1 Nostalgic Nation

P1Connect P1NostalgicNation Winner
Baru sebentar tadi diumumkan pememang contest anjuran P1 Nostalgic Nation di laman facebook.

Walaupun tak menang hadiah utama, menang iPod pun jadi la. Terima kasih sekali lagi Bro ucapkan kepada pihak P1.

Penyertaan kali ini, Bro agak last minit juga. Susah nak bagi komitment bila terdapat banyak task yang perlu dilakukan. Nak jaga anak lagi + nak kena rakam video sendiri T-T

3 – Kejutan dari Puan Isteri

Selamat Hari Jadi dan Ulang Tahun Perkahwinan

Gambar kami berempat sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2.

**** iklan di Bro Framestone *****

Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Bicara Bro : Rezeki selalunya datang dalam banyak bentuk dan keadaan.

Tak perlu jeles dengan rezeki orang lain. Allah swt dah tetapkan rezeki sekian sekian pada setiap orang. Tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu berusaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

60 thoughts on “Rezeki Seorang Blogger

  1. saya pun malam tu baru buat video dan submit esok nya kol 11..alhamdulillah rezeki

    1. Tahniah Bro ucapkan.. Harap ketemu lagi macam tempoh hari

  2. tahniah bro..kali ke barapa dah menang ipad ni…

    1. Entah, kalau ikutkan dah banyak kali.. Cuma tak masukan dalam ini je….

  3. Alhamdulillah syukur murah rezeki abah Fisha ni.
    Semoga lebih murah lagi rezeki untuk anak-anak.
    Saya pun pernah menang sekali iPad Mini, syukur.

    1. Harap kita semua dimurahkan rezeki.

  4. tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger siapa yang tahu kan?? congrats bro πŸ™‚ tumpang happy.

    1. Tuah blogger nampak dimana pula? kaki ke?

  5. Tahniah bro walaupun saya tak memang tapi lain kali mungkin rezeki saya pula πŸ™‚

    1. Insya’lah… Hope mu tak ban nama bro ek

  6. Waaa tahniah! Untungnyaaa tapi berbaloi la kan, hasil usaha keras sendiri..bangga gituuu..
    Tahniah bro !

    1. Moga rezeki tahun 2015 lebih murah πŸ™‚

  7. Alhamdulillah Bro.. Tahniah rezeki tu. Gua salute & respek Bor sbg seorang blogger lama yg berwawasan.. ikhlas ni hehee. Semoga terus sukses & menjadi inspirasi kpd yg lain… aamiin.. πŸ™‚

    1. … Bro.. maaf typo pulak.. πŸ™‚

    2. Harap masih mampu beri inspirasi kepada yang lain.

      Risau bersara awal je nie he…23x

  8. tu dia aih..kabel besar P1 ni..ahaha..

    1. Kabel streamyx dan unifi pun kadangkala ada problem juga…

  9. Tahniah bro..
    Murah rezeki
    Semoga terus sukses
    Mohon bagi tips nk menang besar camni, hehe

    1. Menang besar? Dengar cerita ada yang menang pakej pelancongan yang company dia buat he..23x betul ke?

  10. alhamdulillah, baca entri ni je dah rasa semangat,, tahniah bro, rezeki Allah luas dan diberi dalam pelbagai bentuk..

    1. Harap dengan hijrah sekarang ini, makin luas rezeki Allah bust mama niza sekeluarga πŸ™‚

  11. Tahniah Bro… Rezeki melalui blog ni memang sukar untuk dijangka… Ia merupakan satu kejutan /Surprise kepada pemilik blog… Setiap blogger pasti ada rezeki masing-masing…

    1. Rezeki bro nak jumpa brader Anuar nie je yang masih belum berkesempatan lagi

  12. Alhamdulillah. Tahniah Bro! Seronok baca. Moga terus dimurahkan rezeki..

    1. Harap lepas ini, jadi rezeki rakan-rakan yang lain.

  13. tu dia.

    memang orang kuat p1 nih. haha..

    1. Tak de la orang kuat, ada lagi yang lagi kuat.. .Gua biasa2 je

  14. tahniah bro…nak dapat bukan senang semua ni… πŸ™‚

  15. alhamdulillah… rezeki.. rezeki fisha jugak tu bro… syukur.. πŸ™‚

  16. Alhamdulillah..tahniah! Rezeki Allah tak pernah tersalah alamat dan masa..hehe

  17. Tahniah.. Murah rezeki menjadi seorang blogger ni..

    1. Yang penting hati kena mahu baik kan πŸ™‚

  18. tahniah bro. memang hebatlah… semoga terus bertambah2 lagi rezeki….

    1. Harap rakan blogger yang lain juga berpeluang seperti ini juga

  19. seronok tengoknye..anis pon rase bersemangat.. semoga Allah memberikan rezeki yg lebih2 lagi untuk bro dan family..amin… πŸ™‚

    1. Good luck juga buat anizz πŸ™‚

  20. bilalah rezeki kita pulak kan…by the way..all the best dan tahniah bro

    1. Insya’lah rezeki itu pasti datang. Bila, bagaimana dan banyak mana.. itu rahsia Allah

  21. alhamdulillah.. banyak rezeki bro sebagai blogger

    1. Alhamdulillah… Tapi biasa la.. kadangkala ada, kadangkala xde.. Tapi terkejut bila ianya datang serentak

    1. sama-sama bro… πŸ™‚

  22. Alhamdulillah, tahniah atas rezeki yang di terima.

    Banyak pengorbanan untuk sampai tahap sekarang kan

    1. Kalah menang itu adat, dapat tak dapat pun adat juga. Yang penting kita berusaha

  23. Perkara yang seronok menjadi blogger apabila menang hadiah gempak. Tanniah bro. πŸ™‚

    1. Rasanya akubiomed pun pernah menang juga kan πŸ™‚

  24. Tahniah bro.. ena berbangga dengan bro. Teringin nak macam ni tapi belum ada rezeki ena. Keep moving forward ye bro

    1. Insya’lah ambil je peluang yang ada. Bro duduk rumah je buat benda nie he…23x Nak keluar, tak mampu sejak kebelakangan ini.

  25. Sekali tgk gambar bro potong kek dengan isteri dan fisha tu macam ruper Johan (Jozan) tu pulak……..

  26. alhamdulillah πŸ™‚

    seronok nyaaaa

  27. tahniah bro πŸ™‚

    apa pekerjaan yang dilakukan dgn ikhlas pasti mendapat imbalan yang baik-baik πŸ™‚

  28. Alhamdulillah… murah rezeki Tuan… berkat rezki share perkara-perkara yang baik sajer… πŸ™‚

  29. Terima kasih atas artikel berkenaan Bro.
    Blogger yang jujur, baik dan bertanggungjawab akan sentiasa diberkati dan dimurahkan rezekinya.

    Teruskan usaha πŸ™‚

  30. jelesnye. tapi memang rezeki kan bro. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia macam bro lah. alhamdulillah kan bro.

  31. Itulah ganjaran yang bro dapat sebab baik hati dan selalu kongsi rezeki dengan ramai kengkawan blogger yang lain….

Leave a Comment