Iena Eliena KLCC Berkabus Selepas HujanSelama ini kita bertungkus lumus bekerja,

Pernahkah terlintas didalam hati kita untuk menjadikan pekerjaan yang kita lakukan itu sebagai satu ibadat?

Bukan senang nak jadikan pekerjaan sebagai satu ibadat.

Sekiranya,

Kita hari-hari berkerja, tetapi hati dekat tempat lain. Hilang keikhlasannya disitu.

Belum lagi bila buat kerja, jenis suka tolak-tolak kerja dekat orang lain. Kerja kita, kita pass pada orang lain. Kerja orang lain, kita tolak kata itu bukan kerja kita.

Maka tang mana sebenarnya kerja anda?

Ada sesetengah orang, jenis bangun lambat kemudian lambat pula masuk kerja. Paling tak boleh blah, dia paling awal balik dari kerja.

Kadangkala kasihan dengan mereka yang bekerja (kalau ikutkan waktu kerja pukul 6 petang dah habis) tetapi terpaksa balik nak dekat tengah malam. Terpaksa siapkan kerja orang lain, sampaikan kerja sendiri terbengkalai.

Belum lagi kes,

Datang kerja just makan gaji buta. Nak kata buat kerja, pun tidak. Bila tengok orang lain busy tak cukup tangan buat kerja, terus berlakon buat-buat macam ada banyak kerja.

Tang mana keikhlasannya?

Iena Eliena Kerja layan Blog
Gambar Model Blogger Terlampau Retis – Iena Eliena sekadar hiasan. Dia bukan mengular, tetapi tengah photoshoot untuk masuk dalam surat khabar. Wartawan nak gambar dia macam ini.

Belum lagi kes, waktu kerja buat kerja lain & mengular bawah meja.

Dari sudut manakah, kita boleh anggap perkerjaan yang kita buat sebagai satu ibadat?

Mungkin sebab itu, kadangkala hati kita rasa tak seronok je nak pergi kerja. Kerja yang kita buat makin acuh tak acuh. Kenkadang tak memenuhi piawai yang dikehendaki oleh majikan.

Kemudian bising mintak bonus dan kenaikan gaji.

Bila dapat gaji (walaupun bergaji banyak), rasa macam tak cukup je.

Waktu itulah tertiba kereta rosak la, waktu itu juga ada benda yang perlu kita bayar/beli, waktu itulah kita terpaksa guna duit tersebut sampai tiada sedikit pun untuk kita simpan sampai hujung bulan.

Mungkin waktu itu, anda perlu fikir-fikirkan dimana silapnya.

Jangan pula anda bekerja sampai terlupa nak tunaikan perkara yang wajib. Ianya mampu menyempurnakan iman dan ibadat yang sedang anda lakukan :)

Bicara Bro : Entry ini, diilhamkan dari blog Khir Khalid – Ceramah Pekerjaan Sebagai Ibadat. dan gambar pula kredit kepada Blogger Iena Eliena (dengar cerita esok dia masuk paper he..23x – saja je pecah rahsia)