Selama ini kita bertungkus lumus bekerja,
Pernahkah terlintas didalam hati kita untuk menjadikan pekerjaan yang kita lakukan itu sebagai satu ibadat?
Bukan senang nak jadikan pekerjaan sebagai satu ibadat.
Sekiranya,
Kita hari-hari berkerja, tetapi hati dekat tempat lain. Hilang keikhlasannya disitu.
Belum lagi bila buat kerja, jenis suka tolak-tolak kerja dekat orang lain. Kerja kita, kita pass pada orang lain. Kerja orang lain, kita tolak kata itu bukan kerja kita.
Maka tang mana sebenarnya kerja anda?
Ada sesetengah orang, jenis bangun lambat kemudian lambat pula masuk kerja. Paling tak boleh blah, dia paling awal balik dari kerja.
Kadangkala kasihan dengan mereka yang bekerja (kalau ikutkan waktu kerja pukul 6 petang dah habis) tetapi terpaksa balik nak dekat tengah malam. Terpaksa siapkan kerja orang lain, sampaikan kerja sendiri terbengkalai.
Belum lagi kes,
Datang kerja just makan gaji buta. Nak kata buat kerja, pun tidak. Bila tengok orang lain busy tak cukup tangan buat kerja, terus berlakon buat-buat macam ada banyak kerja.
Tang mana keikhlasannya?
Belum lagi kes, waktu kerja buat kerja lain & mengular bawah meja.
Dari sudut manakah, kita boleh anggap perkerjaan yang kita buat sebagai satu ibadat?
Mungkin sebab itu, kadangkala hati kita rasa tak seronok je nak pergi kerja. Kerja yang kita buat makin acuh tak acuh. Kenkadang tak memenuhi piawai yang dikehendaki oleh majikan.
Kemudian bising mintak bonus dan kenaikan gaji.
Bila dapat gaji (walaupun bergaji banyak), rasa macam tak cukup je.
Waktu itulah tertiba kereta rosak la, waktu itu juga ada benda yang perlu kita bayar/beli, waktu itulah kita terpaksa guna duit tersebut sampai tiada sedikit pun untuk kita simpan sampai hujung bulan.
Mungkin waktu itu, anda perlu fikir-fikirkan dimana silapnya.
Jangan pula anda bekerja sampai terlupa nak tunaikan perkara yang wajib. Ianya mampu menyempurnakan iman dan ibadat yang sedang anda lakukan :)
Bicara Bro : Entry ini, diilhamkan dari blog Khir Khalid – Ceramah Pekerjaan Sebagai Ibadat. dan gambar pula kredit kepada Blogger Iena Eliena (dengar cerita esok dia masuk paper he..23x – saja je pecah rahsia)
InsyaAllah pasang niat betul, supaua lebih berkat dan sentiasa cukup pendapatanya….
Itu la, ramai yang tak berniat atau berniat tak betul waktu mencari pendapatan…
Nampak tudung pun blig bling. :)
Datang kerja menerawang di alam maya
Ops dia tue model tue, esok masuk paper katanya… Tapi tiada kaitan dengan modeling… Tapi dia cakap, dia ada mention nama bro dalam tue. Betul ke?
Tudung blink2 kita jahit sndri tu..hasik kerja tangan sendiri..
btw maaf kite bukan mengular..gamba ni diambil utk paper utusan malaysia hari ni.. reporter yg mintak gambar mcm ni.. plus untuk pengetahuan gambar ni diambil waktu lunch..bermaksud mmg waktu utk saya berehat..
bergantung pada niat dan tindakkan kita…sebab itu ada ustaz cakap kita kena keluar zakat pendapatan untuk sucikan harta kita..takut ada kita ter’mengular’ waktu kerja
Ramai yang tak beberapa faham maksud zakat pendapatan… Semuanya ingat zakat fitrah sahaja
Betul tu Bro.. paling tak suka jenis org yg buat kerja sikit dah mcm2 komplen. Bila org dpt lebih sikit mulalah cakap masyuklah.. mcm2lah tanpa fikir org tu bersengkang mata nak usahakan sesuatu.. T kasih atas perkongsian Bro..
Sama-sama… Bro sendiri rasa macam tak cukup je usaha bro selama ini. Macam ada kurangnya…
InsyaAllah nak buat kerja seikhlas hati walaupun kerja dari rumah je ni..
Harap dengan hati yang ikhlas itu, tiada halangan untuk anda buat kerja dari rumah. Jangan lupa GST he..23x
Nak buat kerja part time mesti ada masa yang terluang. Bukannya masa kerja buat kerja part time. Nanti banyak ‘duit bocor’.
Itu la… “duit bocor” itu paling ditakuti, hilang keberkatannya
Haha gambar tu bukan iena mengular ehh.. itu time lunch..mintak tlg officemate ambilkan sebab reporter mintak gambar mcm tu.. plus iena x dpt dtg photoshoot n interview sb iena bz keje mmg x blh nk cuti.. interview melalui email and iena email gambar ikut kriteria yang reporter utusan malaysia nak
Hai retis….
Terus buat press conference he…23x
betul tu bro.. kena niat yg betul baru la kite dapat ketenangan.. bukan mengeluh time dpt gaji..huhu.. btw, cantiknye kakak dalam gambar tu.. nak terjah blog dye.. :)
Cantik ek? He..23x model tue, bakal femes lepas masuk paper baru-baru ini.
Bro sendiri pun kenkadang mengeluh juga bila dapat gaji, gaji habis dekat hutang etc. Untuk kegunaan sendiri, cukup2 sampai hujung bulan.
Benda yang kita terlepas pandang dan berkaitan keberkatan rezeki.
Ingat mengingati sesama kita :)
niat..perbetul balik niat…terima kasih.
Yup, perbetulkan niat.
Begitulah hakikat makan gaji..cuba memgikhlaskan sepenuh hati agar diberkati. Saya akui akan wujud perasaan seperti yang bro katakan, iti kenyataan.
Perasaan itu kita xdapat nak tolak ke tepi. Memang lumrah manusia… tak akan lari, tapi bergantung cara bagaimana kita mengawalnya.
Bro pun rasa tak sanggup nak makan gaji.
semuanya bermula dengan niat
Kalau niatnya untuk ibadah, InsyaAllah, lancar semua urusan
Dan rezeki yg diperoleh barakah :-)
Betul tue, harap niat bro selama ini dipermudahkan….
Apa-apa yang kita buat kalau kita buat demi Allah, ibadat la tu :)
Tapi ada juga yang buat kerja tetapi hati ke tempat lain.
Sama2 kita mulakan semua tugas kita dgn Bismillah. :) Kena ingat selalu yg Allah sentiasa memerhatikan kita, T_T
Tetapi ramai yang lupa Allah selalu memerhati mereka. Mereka lebih takut dengan cctv duniawi.
sebelum fyna pergi kerja, selalunya fyna akan betulkan niat. supaya dimurahkan rezeki dan kerja seikhlas hati. kadang2 bila time fyna nak bayar duit untuk makan kat tempat kerja, tahu2 dah ada orang yang belanja. insyaallah, kita mudahkan urusan orang lain, kerja kita dan rezeki kita juga dipermudahkan. betul x bro?
Betul tu bro, yang penting kena tune kan objektif kenapa kita kerja. Kalu salah niat kat situ semua pon jadi tak betul.