17,146,982 total views, 2,371 views today

Blogger Jadi Duta Kempen 25 Tahun Spritzer

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Spritzer 25 Years - Bro Framestone Famous Malay Blogger in Lifestyle and Traveling
Satu penghargaan buat diri Bro sebagai blogger kerana terpilih menjadi duta untuk mempromosikan kempen 25 tahun Spritzer yang berlangsung di Sunway Pyramid dari 20 – 24 Ogos 2014.

Untuk menjayakan kempen bertemakan “Who Drinks Spritzer?” menampilkan 15 personaliti terkemuka dari beberapa bidang.

15 personaliti tersebut dipilih dari beberapa bidang seperti hiburan, fesyen, kecantikan, peragaan, teknologi, media dan penerbitan, fotografi, seni persembahan dan sukan.

Ia menampilkan,

Winnie Loo, Amber Chia, Sazzy Falak, Key Ng, Carven Ong, Iko In, Dylan Fan, Claude Berube, Alvin Loh, Alam Wakaka, Namee Roslan, Zulkifli Bujang, Bro Framestone, Ruby dan Christopher.

Ada 2 orang blogger turut sama dalam kempen ini iaitu – Ruby dan Namee Roslan.

Spritzer Ruby dan Namee Roslan

Awatlah poster mereka berdua nampak comel.

Buat masa kini, muka Bro akan dipamerkan di Spritzer photo Gallery @ Sunway Pyramid (20 – 24 Ogos), dan akan diiklankan dalam surat khabar The Star (22 – 23 Ogos), Sin Chew (21 & 24 Ogos) & Harian Metro (20, 24 & 27 Ogos).

Yang lain Bro xpasti keluar dekat mana. Ada yang keluar dalam majalah dan surat khabar lain.

Info lanjut tentang kempen ini, akan Bro kongsikan pada entry akan datang.

Hari ini baru diadakan majlis perlancaran kempen ini di Sunway Pyramid. Nantikan perkongsian dari Bro tidak lama lagi.

Giveaway Spritzer dari Bro Framestone

Bro nak buat mini give away untuk kempen ini untuk rakan blogger. RM50 x 5 pemenang bertuah.

Apa yang anda perlu buat :-

  1. Bergambar dengan poster Bro (sama ada poster di Spritzer photo Gallery @ Sunway Pyramid atau bersama keratan akhbar yang ada poster Bro)
  2. Pastikan anda bergambar bersama air mineral Spritzer (tak kisah saiz apa, janji air mineral)
  3. Upload gambar tersebut di facebook dan tag facebook Bro (caption ikut korang la tapi kena sertakan sekali link blogpost yang anda kena buat seperti di langkah ke-4)
  4. Buat 1 blogpost simple (refer syarat untuk blogpost dibawah)
  5. Tarikh tutup 30 Ogos 2014 – sent link penyertaan anda (blogpost anda) pada ruangan komen di bawah.

Bro Framestoen 25 Tahun Spritzer

Salah satu contoh aksi bila nak bergambar dengan psoter Bro he..23x

Nampak sama kan. Ada orang cakap, gambar Bro kena edit. Ada ke patut he..23x

Syarat untuk blogpost :-

  1. Buat 1 blogpsot
  2. Masukan gambar yang korang ambil tadi.
  3. Ceritakan serba sedikit tentang anda dan Spritzer. Dan promote serba sedikit pasal Bro (apa yang korang tahu pasal Bro la – boleh selak blog ini dan facebook Bro untuk lebih maklumat)
  4. Ceritakan juga tentang giveaway yang Bro buat ini dan link kembali ke entry ini (untuk ajak rakan-rakan lain sertai)
  5. sent link penyertaan anda pada ruangan komen di bawah.

All da best..!!!

Penafian : Giveaway ini hanya Bro sorang je yang buat (Ruby dan Namee Roslan tak boleh join giveaway ini he..23x). Ianya juga bukan ditaja oleh Spritzer dan inisiatif dari Bro sendiri.

Antara Peserta yang sudah join :-

  1. ..
  2. ..
  3. ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 thoughts on “Blogger Jadi Duta Kempen 25 Tahun Spritzer

  1. aik?? 3 slot je bro buka? hehehehe

    1. Sabar la.. Ada penyertaan baru ditambahkan lagi slotnya

    1. Ok Lisa si mawar celup warna biru

    1. haha sign kat botol spritzer eyh :p

  2. Ala.. kenapa namee x buat jugak giveaway camni. Hehe. Sempoi gambar bro.

  3. kalau aku pergi sana..aku try cari gambar nih. hoho..

  4. Tahniah bro! insyaAllah kalau smpt akan join GA bro…

  5. nak p sanway piramid jauh la bro kalau bergambar ngan laptop (gambar bro sebelah) boleh tak hehe..

    1. Kena pakai screen 42 inci la kalau macam tue he..23x beli yang paper punya je 🙂

  6. ..serious smart!!! Tahniah Bro, Ruby dan Namee!

  7. Kalau takde newspaper or tak gi pameran spritzer tu camne lak? bole ke print gambo bro ni pastu amik gambo dengan gambo perint tu je? ehehehehe? saja tanyeee

    1. Kalau xde, xpayah join.. Bagi can pada orang lain la la la

  8. congrats..dasatnye gambar iklan spritzer bro ni..sekali tengok macam bruce lee pun ade..hehe

  9. terbaikkkk… insyaallah , kalau jadi pi Sunway sehari dua ni, aku bawak lari poster / banner tu..hehe

  10. kene terjah ke sunway piramid cecepat ni..kekekeee..

  11. kalau dah kuar paper g tau nak join kontest ni

    1. Bro dah mention dah hari apa bro keluar paper. Boleh refer pada tarikh yang bro beritahu

  12. Terbaiklah posing bro framestone…

  13. klu photoshop gambar tu bleh? hehe

  14. Tahniah kepada Tuan. Satu penghargaan untuk blogger tempatan

    Memang ada pengaruh tersendiri

  15. perghhh begitu ramping sekali haha

  16. maq jadi pemerhati je lah , kasi chance kat org muda 🙂

  17. nad

    kalu bukan saya (pemilik blog) yg posing ngan poster tu tp wakilkan husband @ anak2 boleh tak?
    saya is pemalewww, haha! 😛

  18. Bergambar dengan poster lagi best..hehehe…

  19. Tak der peluang la saya nak join GA ini.. sebab tak der masa nak pergi sunway piramid. ..

  20. Bangga gua kenal ngan lu ….

  21. memang sempoi bro poster tu…unik kot…hee…apa2 pun tahniah ye bro…jadi duta SPRITZER tu…:D

  22. Afiqah

    xde ke yg join…segan lak nak submit entry…huhu

    1. Ada je, tp dorang cakap bk submit hari ini.. Kalau dah tutup, kira burn je la he..23x

  23. Hurm…tk de rezeki nk join. Smlm dh ttdo 🙁

Leave a Comment