Betul ke sabun pencuci Joy berupaya membasuh pinggan hingga ke Singapura?
Ini merupakan sabun pencuci Joy yang ketiga Bro gunakan sejak dapat percuma pada bulan Jun 2014. Tapi sampai la nie, tak sampai-sampai lagi ke Singapura. Tipu ek?
Selamat semua sabun Joy ini dapat percuma. Kalau tidak….!!!!
Ini merupakan jawapan yang Bro temui sewaktu Google
Fakta Mengenai Iklan Sabun Pencuci Joy
Berlaku khilaf dan ia mempunyai dua pendapat berdasarkan situasi masing-masing.
- Diorang cuma keliling Stadium Nasional Bukit Jalil je dan belum sampai ke singapura. Dan ukuran yang dilakukan ialah 6.8km yang bersamaan dengan panjang jalan start dari nak masuk tambak johor hinggalah ke kastam Singapura.
- Jika benar pun mereka susun pinggan dari Johor ke Singapura, pihak kastam Singapura mungkin tak benarkan pinggan-pinggan tu melepasi sempadan kerana mereka tiada passport yang sah.
Fakta Dari Joy
Mereka berjaya mencipta sejarah dunia dengan memecahkan GUINNESS WORLD RECORDSTM bagi barisan pinggan bersih terpanjang di dunia.
Sebanyak 26,213 pinggan yang bersih dicuci mengelilingi trek Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan jarak sejauh 6.8 kilometer, bersamaan dengan perjalanan dari Malaysia ke Singapura dan kembali. Rekod dunia terbaru itu dicapai dengan hanya sebotol JOY 800ml.
Procter & Gamble,
Syarikat di sebalik cecair pencuci pinggan mangkuk revolusi ini, turut menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan hidangan nasi lemak percuma bagi menjayakan rekod pecah dunia ini.
Pinggan-pinggan yang digunakan dalam hidangan tersebut kemudiannya dikumpul balik, dicuci dengan sebotol JOY yang sama dan diatur di sepanjang trek stadium.
Bicara Bro : Macam teringin je nak jejak kaki ke Singapura. Tapi macam tak mampu je, bila tengok nilai mata wang dan kos untuk hidup disana. Balik hari boleh la kot.
Kenapa Joy tak buat contest hadiahnya bercuti di Singapura 3 hari 2 malam. Baru kena dengan iklan mereka dekat TV.
Kalau macam tu kita pun nak join..duduk johor pun,belum tentu dapat jejak singapore,,hehe
Itu la pasal… Apa alasan orang Johor belum tentu dapat jejak singapore ek?
Wife pun tak pernah pergi, Next time kot
Inikah cerita disebalik iklan yang duk tengok kat TV tu :)
Di rumah pun ada guna pencuci Joy dengan setitik kedua titik memang banyak buih dan menjimatkan.
Itu la pasal, rasa macam menyesal je tak ambil banyak tempoh hari.
Macam best je sabun pencuci Joy ni.. Nak belilah nanti.. Tunggu sabun pencuci kat rumah habis dulu baru beli Joy..
Kita enJoy!!
Sekarang pakai pencuci apa ek?
Nak beli, agak mahal gak la.. Tunggu ada diskaun or FREE
Rasanya dulu banyak iklan kat tv. bro usulkanlah pd joy buat kontes macam tu…heee
Kalau la Joy baca blog bro he…23x
Baru teringat masa gi #NNRaya Open House hari tu ada dapat pencuci pinggan joy ni.. Duk dalam goodie beg tak kuar2.. Harharhar!
Rosmiza Ali Official Blog™
hahahaha klu betul Ya, kita yg duk sebelah Singapura ni haa hari2 sampai sana hahahahaha…tapi pencuci dia bagus la, pinggan jd kilat dan bersih tau..jimat pun ye juga…
Tak juga… Tgk macam pingan makin banyak je dalam sinki tunggu Bro basuh he…23x
hahaha dasatnya pengiraan hehe
SA pun ada dapat yang free sample…dah sebulan pakai x abih2 lagi…jimatkan…tp tu la iklan diorang tu macam ada kekhilafan…hehehehe…
tak guna yang ni.
gua guna axion je.
Memang jimat wife guna, tahan lama recomended beli jimat sabun basuh pinggang.
hehe…6.8km je pun…tak la panjang mana pun…iklan Joy memang hebat ! tapi kalau betul la boleh jimat berbulan2 kalau guna sebotol…bagus la…memang jimat…heee
Fuh sampai singapore tuuu
Dulu guna joy juga tapi sekarang dah ada yang lagi tahan lama..lebih dari singapore boleh pergi! hehehe
Singapura? Bekas negeri ke-14 yang berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, kan? Aduh, kalau tak kerana Tunku Abdul Rahman, Singapura masih lagi menjadi milik Malaysia pada hari ini! ?