You are here
Home > Al-fatihah Buat Arwah > Sekitar Majlis Pengkebumian Jenazah Mangsa Tragedi MH17 di Teluk Intan

Sekitar Majlis Pengkebumian Jenazah Mangsa Tragedi MH17 di Teluk Intan

Sekitar Majlis Pengkebumian Jenazah Mangsa MH17
Alhamdulillah,

Bro berkesempatan untuk hadiri majlis pengkebumian jenazah mangsa tragedi MH17 di Teluk Intan. Iaitu suami kepada rakan satu tempat kerja puan isteri.

Jenazah diterbangkan dari KLIA terus ke Padang Speedy, Teluk Intan.

Waktu ini, Bro dalam perjalanan dari KL ke Teluk Intan.

Bro tak pergi ke Padang Speedy, tetapi terus ke Masjid An-Naim dimana jenazah akan disolatkan disana sebelum di hantar ke tanah perkuburan.

Sempat juga mendengar perkembangan majlis penerimaan jenazah tragedi MH17 yang berlangsung di KLIA.

Sekitar Majlis Pengkebumian Jenazah Mangsa MH17

Jenazah tiba di Masjid An-Naim, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Dapat juga Bro sertai solat jenazah sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak untuk majlis perkembumian.

Malangnya di sana,

Bro duduk jauh, bagi peluang kepada saudara mara terdekat dan ahli keluarga untuk berada di bawah khemah dan kawasan berdekatan dengan tempat jenazah disemadikan.

Sekitar Majlis Pengkebumian Jenazah Mangsa MH17

Lebih kurang pukul 12 lebih, ianya selesai.

So Bro temani puan isteri dan rakan-rakannya pergi ziarah rumah isteri kepada Allahyarham Muhammad Firdaus Bin Abd Rahim.

Untuk menghormati keluarga Allahyarham, Bro tidak mengambil gambar ahli keluarga beliau dan kongsikan dilaman sosial. Tak pasti bagaimana pula dengan media yang lain.

Tiada kes wartawan atau photographer kena tumbuk ke apa dekat sini he…23x

Al-fatihah….

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Sekitar Majlis Pengkebumian Jenazah Mangsa Tragedi MH17 di Teluk Intan

  1. Al-Fatihah.. Tak sangka ada juga orang Teluk Intan yang terlibat dalam nahas MH17…. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

  2. Saya pun terkejut juga bila tahu ada orang Teluk Intan yang terlibat dalam tragedi MH17 ini, sebab baru balik.

    Bila dengar cerita-cerita orang rupanya arwah super senior sekolah rendah (memang tak sempat jumpa). Dapat tahu pun bila cikgu-cikgu cerita.

    Allahummaghfirlahum warhamhum wa’fu’anhum

Leave a Reply

Top