November 11, 2024

Selepas Datin Orkid Abdullah Meninggal Dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar Pula Kembali Ke Rahmatullah

Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia.

Suaminya Datuk Mokhtar Omar pula kembali ke rahmatullah pagi semalam.

Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.15 pagi di Hospital Ampang dekat sini.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei lalu kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat semalam.

Pada 13 Mei lalu,

Orkid yang popular pada era 60-an meninggal dunia di hospital sama akibat penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil.

Bicara Bro : Ada beberapa kes, selepas seorang meninggal. Pasangnya juga akan mengikuti jejak mereka.

Mungkin ini yang dinamakan hidup mati bersama. Semoga roh mereka di rahmati oleh Allah swt dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Selepas Datin Orkid Abdullah Meninggal Dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar Pula Kembali Ke Rahmatullah

  1. Jiran saya dulu pernah cakap dia memang berjanji sehidup semati dengan suami nya…sebab tanpa isteri nya, hidup nya kosong…
    Memang mereka ‘pergi’ bersama…tertulis di Lohmahfuz…
    Suami nya lepas zohor, isteri nya setengah jam lepas tu…
    Tanpa apa2 penyakit kronik…
    Memang sehidup, semati…

    1. sambung lagi…mereka tu dulu jiran yang baik…
      walaupun dah hampir 70, setiap hari mesti dengar gurau senda mereka…
      Anak2 dan ada family sendiri dan duk KL…
      Hanya mereka berdua dia rumah…

    2. Ada sambungan lagi ek.. kemesraan kasih syg n cinta kekal sehingga keakhir hayat

    3. Mungkin itu yang diminta dalam doa kepadaNya..

      Ramai yang berjanji sehidup semati.. tetapi tidak ramai yang memohon kepadaNya

  2. Takziah untuk ahli keluarga arwah…al-fatihah untuk mereka berdua….((teringat lagu nyanyian arwah datin “penawar rindu”…huhu)).

  3. walaupun pastinya anak-anak akan merindui mak ayah mereka tapi ternyata telah tertulis yang mereka akan bersama di dunia dan di akhirat….hidup dan mati bersama…itu yg terbaik. Takziah buat keluarga mereka

  4. eh datin orkid ni yg penah keluar citer die sakit kat melodi hrtu kan??

    Innalillah.. baru tahu die meninggal… n suami die pun ikut sama…

    moga arwah dicucuri rahmat..Alfatihah~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *