Istiadat Penghormatan Tragedi MAS MH17
Gambar sekitar persiapan majlis istiadat penghormatan penerimaan jasad tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Raptai diadakan untuk melihat pergerakan jenazah ketika tiba pada Jumaat ini.

Melalui raptai ini, pihak yang terlibat dapat melihat dari semua sudut yang perlu diperbaiki dan diperkemas untuk memastikan majlis istiadat penghormatan penerimaan jenazah berjalan lancar pada Jumaat ini.

Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Istiadat Penghormatan Tragedi MAS MH17

Anggota tentera dilihat mengusung keranda dan bekas abu khas yang ditutup dengan jalur gemilang dari pintu kargo pesawat sebelum ditempatkan dalam van jenazah.

Seramai 300 anggota di bawah naungan 12 Briged Infantri Malaysia akan terlibat dalam istiadat penghormatan penerimaan jenazah.

Empat helikopter akan menerbangkan jenazah di Semenanjung Malaysia manakala dua pesawat Charlie disediakan untuk menerbangkan jenazah ke Sarawak.

Istiadat Penghormatan Tragedi MAS MH17

Istiadat Penghormatan Tragedi MAS MH17

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong, 22 jasad termasuk empat bekas berisi abu mayat mangsa dijangka dihantar pulang dari Amsterdam.

Senarai 20  jenazah yang akan diterima waris pada majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 :-

  1. Mastura Mustafa – Anak Kapal
  2. Ahmad Hakimi Hanapi -Kru teknikal
  3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin -Anak kapal
  4. Nur Shazana Mohamed Salleh-Anak kapal
  5. Dora Shahila Kassim – Anak Kapal
  6. Foo Ming Lee-penumpang
  7. Karamjit Singh Karnail Sigh -penumpang
  8. Ng Qing Zheng – penumpang
  9. Mabel Anthony Samy – penumpang
  10. Paul Rajasingam/Sivagnanam-penumpang
  11. Elisabeth Ng Lyeti – penumpang
  12. Lee Hui Pin-Anak kapal
  13. Angeline Premila Rajandaran -Anak kapal
  14. Ariza  Ghazalee-penumpang
  15. Muhammad Afif Tambi -penumpang
  16. Noor Rahimmah Mohd Nor -penumpang
  17. Chong Yee Pheng -Anak kapal
  18. Azrina Yakob-Anak kapal
  19. Mohd Ali Mohd Salim-penumpang
  20. Hasni Hardi Parlan -penumpang

Bicara Bro : Salah satu jenazah yang dibawa pulang merupakan suami kepada kawan isteri Bro. Moga majlis ini berjalan lancar, dan semua rakyat Malaysia termasuk mangsa-mangsa yang lain dapat dibawa pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Paling penting, pihak yang bertanggungjawab dengan tragedi ini dibawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman yang setimpalnya.