You are here
Home > Bersama BroFramestone > Panel Jemputan Bersama Aiman Azlan di UiTM Puncak Alam

Panel Jemputan Bersama Aiman Azlan di UiTM Puncak Alam

Aiman Azlan Bro Framestone UiTM Puncak Alam
Tak sangka digadingkan bersama dengan Aiman Azlan sebagai panel sewaktu dijemput bagi talk di UiTM Puncak Alam baru-baru ini.

Muda lagi beliau, rasanya sebaya dengan adik-adik UiTM sini. Cuma beliau sudah tamat pengajian dari Universiti Toronto dan juga telah menamatkan zaman bujang hujung tahun lepas.

Ini amat mengecewakan beberapa audience yang datang untuk mendengar talk dari kami.

Bro sampai seawal pukul 8 pagi dan Bro ingatkan Bro terawal sampai. Rupanya saudara Aiman lagi awal sampai yakni pukul 4 pagi.

Beliau rupanya datang dari Perlis untuk memenuhi jemputan dari tuan rumah.

Dari segi beliau berbicara dan menyusun kata-kata amat Bro hormati. Walaupun kata-katanya dalam English (Bro hanya mampu cakap rojak) mampu menarik minat audience untuk mendengar apa yang beliau sampaikan.

Tak sangka di pertengahan majlis, dewan kuliah yang menjadi tempat kami bersidang dipenuhi oleh pelajar-pelajar UiTM. Memang sambutan amat mengalakkan dari mereka.

Bersama Aiman Azlan

Bersama Aiman Azlan
Sempat selfie kejab dengan beliau.

Jangan tanya kenapa beliau buat muka macam itu. Bila Bro tanya, dia jawab, “itu trademark dia kalau selfie”

Pada majlis ini, ramai tetamu yang hadir membeli buku beliau iaitu “Hidup Penuh Erti: Cerita Dari Hati” hasil burkilan bersama Hilal Asyraf untuk mendapatkan tanda tangan beliau.

Waktu itu,

Baru Bro teringat sewaktu majlis memperkenalkan buku ini di Booth PTS, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Bro betul-betul ada di belakang beliau bersembang dengan orang kuat PTS waktu itu beliau tengah bersoal jawab dengan tetamu yang hadir bersama Hilal Asyraf.

Memang tak sangka dapat digadingkan bersama sebagai panel dalam majlis ini.

Jika anda ingin mengenali Saudara Aiman Azlan, anda boleh dapatkan maklumatnya di sini.

********

********

Apa-apa pun terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami terutamanya Bro sebagai panel jemputan untuk majlis anda.

Tahniah dengan apa yang anda semua lakukan.

Entry penuh pasal majlis ini akan Bro update selepas menerima gambar dari urusetia ๐Ÿ™‚

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Panel Jemputan Bersama Aiman Azlan di UiTM Puncak Alam

  1. Tentu ramai audience berminat nak tahu kisah kejayaan dua orang blogger terkenal di Malaysia…. Kalau dekat, saya pun berminat nak jadi audience… ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Top