You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Fikir Dulu Sebelum Berkata-Kata

Fikir Dulu Sebelum Berkata-Kata

Think before you speak..
Berapa ramai diantara kita yang berfikir dulu sebelum berkata-kata.

Atau lebih tepat lagi (ikut perkembangan teknologi masakini), berfikir dulu sebelum menaip di laman sosial – facebook, twitter, blog etc?

Gua bukannya seorang yang sempurna atau mulia.

Tapi kadangkala terasa juga dengan komen di facebook dari rakan-rakan yang mungkin tidak memahami apa yang gua sampaikan di facebook. Gua bermonolog, dipandang serius, gua melawak dipandang serong, gua serius buat-buat tak pandang.

Gua suka komen korang terutamanya bila gua perlukan pandangan korang.

Bila gua tidak perlu, tak perlu tinggalkan komen yang menyakitkan hati gua. Gua hanya manusia biasa. Tapi ada tak korang fikir, komen korang itu mampu menyakitkan hati gua, isteri gua, keluarga gua, keluarga mertua gua dan kawan-kawan gua yang membacanya?

Tak kisah lu, nak bajet bagus atau lu memang bagus bila berhujah atau memberi nasihat.

Nasihat yang terbaik, adalah nasihat yang diberikan pada waktu yang sesuai dalam keadaan yang sesuai. Simple dan mudah diterima, bukannya bagi nasihat membabi buta tanpa tahu asal usulnya. Dimana ianya bermula dan apa puncanya.

Itu dinamakan orang berilmu tapi tidak berakal.

Tak apa, korang memang orang yang banyak ilmu. Tak pasti ilmu dari facebook atau Google.

Gua sendiri pun tak berani nak bagi nasihat pada orang lain, kecuali bila ada orang minta khidmat nasihat dari gua. Itu pun gua bagi secara private, bukan secara terbuka.

Apa-apa pun jangan anggap orang lain sama seperti anda. Situasi dan dugaan yang diterima oleh mereka juga berbeza.

Di sini gua share satu situasi.

Walaupun baby gua baru berusia 2 minggu, gua sanggup berjaga malam menyusukan dia. Itu tanggungjawab gua as bapa dia.

Tiba-tiba dapat komen,

  • Tak bagi susu ibu ke?
  • Tak elok bagi anak minum pakai botol
  • Elok bagi dia minum susu ibu dari susu formula
  • etc

i Love Daddy MummyGua hanya update status kata gua berjaga malam menyusukan anak je. Tapi komen yang diterima, mungkin bagi korang biasa-biasa. Tapi bagi gua, agak makan dalam terutama bagi mereka yang tidak tahu kisah sebenar.

Tak kan gua nak jaja semua cerita gua untuk menarik simpati korang.

Cukuplah apa yang gua rasa, gua boleh bagitau. Gua akan bagitau. Yang lain-lain biar kami sekeluarga je tahu. Baby kami perlukan privasi juga.

Untuk Maklumat Anda : Nur Elfisha dilahirkan normal cuma kurang berat badan (atas masalah tertentu di hujung tempoh mengandung). Masih minum susu ibu, cuma dipam dan dimasuk ke dalam botol (ini juga atas sebab tertentu)

Susu formula terpaksa diberikan pada awal kelahirannya (juga atas sebab tertentu)

Bapanya juga menyusu. Tapi menyusu susu yang dibeli, bukan susu ibunya (rezeki anak jangan disailang).

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Fikir Dulu Sebelum Berkata-Kata

  1. anak saya pun lahir kurang berat walau cukup bulan tp tak hadapi apa2 masalah semasa mengandung atau selepas di lahirkan. pada ibu2 ni bukan nak menyibuk tp kami suka nak tahu apa masalah fisha & ibu dia.. mungkin boleh jadi 1 ilmu untuk kami. bab menegur tu.. maaf la yer.. sebab tu saya membiasakan diri tak menulis apa2 berkenaan kisah peribadi di laman sosial even kadang2 hati ni rasa nak pecah. ikutkan semua manusia ada masa suka & duka. itu kehidupan yang normal. saya tak biasakan diri menulis hal peribadi sebab saya takut terlepas tulis sesuatu yang tak patut di tulis. bila dah terbiasa tak menulis privacy di laman sosial, macam tu la yang akan kita hadapi.1 ayat boleh jadi beribu maksud mengikut pemahaman setiap orang.. jadi salah faham akan sentiasa berlaku bila apa yg kita tulis tu tak bernada atau ada riak wajah

  2. Kadang2 orang x faham apa yang kita hadapi, semua kena tau x semua ttg kita dan keluarga perlu diceritakan dalam blog dan di share bersama kan..kena pandai jaga sensitiviti la….moga bro tabah dan bersabar, lain org lain ragam…

  3. suka ayat “rezeki anak jangan disailang”…hanya kita yang faham…susah untuk memberi penjelasan pada orang di luar sana….bagi saya sebagai seorang ibu tentu akan terasa hati @ orang kata makan dalam dengan kata-kata yang tak sepatutnya diluahkan mereka…….

  4. hanya mampu husnudzon kalau dapat komen yang menyiatkan hati,,, sabar ye bro,, mungkin dorang tak tahu komen tu buat kita makan dalam,,

    mula2 sedih,, ayat last tu,, errkkkk

  5. Yang bagi komen menyusukan berniat baik. Mungkin menyangka bro dan isteri sudah mula beri susu formula.

    Satu kesedaran yang baik dikalangan rakyat Malaysia apabila sedar kepentingan dan kebaikan susu ibu. Mereka yang tinggal komen itu ambil berat dengan bayi bro tuh.

  6. maaf menambah sikit lagi.. bagi pendapat saya la.. kalau kita tak mampu bercerita secara detail untuk buat orang faham.. elok la jangan di beri clue untuk orang meneka. Bila orang menilai sesuatu tentang kita sedangkan dorang tak tahu pun kesudahan kisah tu memang kat situ akan bagi kita tekanan. Jadi.. elok la Bro jangan update dulu apa2 yang boleh mengundang salah faham atau komen negatif pasal family bro. Kita je tahu & rasa.. kalau tak boleh share semua utk buat orang paham,elok jangan kita cerita langsung. nanti kita juga rasa sakitnya.

Leave a Reply

Top