You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Bukan Semua Orang Berkemampuan

Bukan Semua Orang Berkemampuan

motorsikal berkuasa tinggiBukan semua orang berkemampuan seperti kita ataupun seperti yang kita fikirkan.

Tak semestinya mereka yang tidak berkemampuan perlu jaja satu dunia yang mereka tidak berkemampuan seperti anda.

Maka,

Apa-apa statement yang anda buat, perlu fikir situasi dan keadaannya. Memang tak salah nak bagi nasihat atau nak tunjuk pandai.

Asalkan bertempat. Bukan semua orang pandai bagi nasihat dan bukan semua orang boleh terima nasihat.

Macam Bro,

Kalau boleh, tak nak bagi nasihat pada orang. Sebab Bro seorang yang tak pandai nak bagi nasihat. Tapi sekali kena, boleh pedih juga telingga.

Harap tiadalah sapa-sapa yang nak mintak nasihat dekat Bro pasal blog or cinta (Kalau tak sedia nak kahwin, jangan gegatal nak sembang pasal cinta).

Pasal kemampuan,

Bukan semua orang berkemampuan untuk memiliki harta (rumah, kereta, etc), kerjaya, pelajaran mahupun zuriat.

Puteri Sulung Bro Framestone Iera Kan

Alhamdulillah, Bro bersyukur sangat dikurniakan cahaya mata baru-baru ini. Walaupun Bro sendiri ada masalah kesihatan, tuhan itu maha kaya. Itu rezeki Bro dan Isteri.

Ada rakan bertahun kahwin, masih belum ada rezeki walaupun kedua-duanya didapati sihat. Mungkin tuhan lebih tahu mana yang terbaik untuk mereka (maybe dorang nak honeymoon lama sikit kan)

Tapi jangan pula anda keluarkan statement “bila nak ada hasil, dah lama kan”. Selalunya orang tua2 selalu menyakat begitu. Tapi jangan pula kita yang memuda ini terikut sama.

Bicara Bro : Teringin nak pakai motor berkuasa tinggi. Malangnya tak mampu nak beli lagi (Lesen B Full pun tiada lagi). Nak utamakan rumah dulu, itu lebih penting dari kepuasan peribadi.

Jika ada rumah sendiri. Tak perlu nak bayar sewa rumah yang mahal ini. Ada juga tempat berteduh untuk isteri dan anak. Kalau boleh nak rumah yang selesa untuk anak membesar.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

35 thoughts on “Bukan Semua Orang Berkemampuan

  1. Betul tu rumah lebih penting daripada kenderaan…

    kie pun teringin nak tukar kete idaman, tp rasanya nak pakai prinsip cina kowt..

    selagi xsukses jangan tukar kereta…

    lagi pun viva pun comel kan3x.. kalau make-up lagi mcm comel je! kan3x… hehehe…

  2. Bab zuriat ni kalau orang tu pandai takkan keluar soalan2 bertanya tentang anak. Soalan2 macam tu kadang2 boleh bagi gangguan psikologi pada orang tu. Menambahkan stress. Bila dah stress, nak buat anak pun tak senang.

    Semua orang yg dah kahwin mesti nakkan anak. Cuma perancangan Allah tu lebih baik dari apa yg kita rancang. Sampai masa nanti mesti dapat jugak. Rezeki anak tu Allah ukur dari segi kemampuan kita. Allah tahu kita tak mampu lagi sebab tu blom dapat anak walaupun kita rasa kita dah bersedia dan mampu.

    Tapi kalau nak beli motor besar tu memang aku tak mampu. Haha.

Leave a Reply

Top