Blogger serba boleh?
Berapa ramai blogger yang anda kenal merupakan blogger serba boleh. Maksudnya, dia bukan takat berblog, malah mempunyai kerjaya dan kelebihan mereka sendiri. Paling penting, boleh dijadikan role model bagi orang lain (kiranya macam sumber inspirasi).
Bro Framestone.
Rasanya bukan ramai sangat blogger atau orang biasa mengenali beliau.
Bukan hensem pun, kerjaya pun tak terjamin dan nampak seperti tiada masa depan. Paling penting dia sudah berkahwin (ada tak yang kecewa he..23x).
Dalam menilai seseorang,
Elok kita jangan menilai pada rupa luaran, kerjaya beliau sekarang (bukan semua orang nak kerjaya yang terjamin) mahupun masa depan mereka. Jangan sesekali pula anda berkata, “Orang macam ini pun ada orang berminat nak jadikan isteri/suami” (Jodoh pertemuan ditangan Allah swt).
Tinggal sebulan lebih sebelum memasuki tahun 2014.
Alhamdulillah, mungkin ini dinamakan rezeki anak. Sekarang Bro sudah bergelar bapa.
Kerjaya pula sekarang semakin terjamin, bila satu persatu projek bro berjaya dapatkan untuk dihulur kepada Blogger dan pengguna social media yang lain. Mula terikat dengan satu syarikat dan EPF kembali bertambah selepas ini.
Satu persatu kerjasama terjalin dengan beberapa ahli politik, ahli peniagaan dan juga produksi filem/drama/video.
Tahun 2014 juga, insya’lah Bro akan melangkah lebih jauh. Peluang dijemput sebagai penceramah sebagai satu kepercayaan yang perlu Bro ambil. Jika sebelum ini, Bro pernah dijemput bagi talk di UTHM, UiTM dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Akan datang lebih dekat dengan adik-adik yang berada di bangku sekolah dan juga IPT.
Ada beberapa produksi berminat menggunakan perkhidmatan Bro sebagai pengacara dan juga …. (biarlah rahsia). Tak sangka dari peluang menjadi pelakon tambahan, terbuka satu persatu ruang rezeki.
Bagaimanapun, dunia blogger tidak akan Bro tinggalkan sejak tahun 2007.
Doakan yang terbaik buat Bro dan keluarga. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan.
Bicara Bro : Semalam ada yang tegur dekat facebook nak minta khidmat nasihat Bro untuk business yang bakal beliau ceburi. Alhamdulillah, tak sia-sia dulu Bro ambil Ijazah dalam bidang perniagaan untuk Bro adaptasi untuk membantu beberapa rakan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia business.
Dan paling Bro tak boleh tahan bila dia memberitahu yang dia telah mengenali Bro dan blog sejak berumur 15 tahun. Now berapa umur dia ek?
teringin woo nak jadi blogger cam bro… tapi tu laa, limited sgt.. duk kat pantai timur..
Inspired saya ialah Bro dan Paklan sejak dari dulu lagi…
Tak kisah duduk dekat pantai mana, peluang ada cuma kita kena usahakan.
Itu aja…
Kalau nak tunggu ia datang bergolek, agak mustahil kecuali kalau orang betul2 nak kan kita.
Teruskan perjuangan. Kalau ada job psl bola boleh share2.
tahniah.. dah melangkah jauh..
bukan senang nak senang, ye dak?
yang penting, kejantanan bro terbukti..hehe
Kebetulan letak gambar BLOGGER VOICE tu…. bila nak tayang yekk.. atau dah kuar ? tak de info pun… huhuhu
Entah la Man… Kawe x tau… Lagipun TVi punya iklan x keluar dengan channel lain. Ape2 pun kena contact producer tempoh hari.
good job bro..semoga sekses selalu…
:)
terbaekk moga success
all the best bro….di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung….
Tahniah Bro… Semoga semakin murah rezeki Bro sejak bergelar seorang bapa…. Wah ada peminat muda rupanya… kalau berumur 15 tahun pada 2007, sekarang ni tentu umur beliau 21 tahun…. ;)
alhamdullilah, tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia siapa yg tahu kan..D
Tuah manusia nampak pada……
Saya lihat kekuatan personaliti dan pengaruh main peranan juga.
Bravo….bro berjaya merealisasikan impian bro…
insya-Allah. Boleh. dari ko aje.
hoho..
bro tetap menjadi idola gua..terbaik..hu3
Wahhh, lepas ni jadi la penyanyi, pelakon, pak imam. Lagi serba serbi boleh. Hahahaha
He…23x siapa tahu…