20131031-083613.jpg

Seawal 5 pagi gerak dari Bandar Tasik Puteri Rawang, kemudian tidur sekejab di dalam kereta.

Hari ini mungkin merupakan temujanji terakhir isteri Bro di Klinik Obstetrik Dan Ginekologi HUKM.

Usia kandungan sudah memasuki 37 minggu. Dup dap dup dap rasanya.

Tak pasti sama ada berdebar nak jadi bapa atau belum bersedia nak jadi seorang bapa. Biasalah, first time – lain la sebelum ini ada pengalaman jadi bapa kan :)

Waktu nak dekat-dekat ini makin banyak masalah yang Bro hadapi. Dan salah satu daripadanya adalah demam + batuk + selsema (pakej serentak).

Adik Bro terberanak awal 3 minggu. Hope isteri Bro tiada sebarang masalah komplikasi sewaktu melahirkan zuriat pertama kami.