You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Huawei Dekati Pengguna di Taman Tasik Titiwangsa 21 – 23 Disember

17,426,161 total views, 5 views today

Huawei Dekati Pengguna di Taman Tasik Titiwangsa 21 – 23 Disember

Huawei Device Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka dalam masa yang sama memperkenalkan Midland Network sebagai rakankongsi merangkap pengedar sah Huawei di Malaysia pada acara terbuka.

Acara terbuka ini merupakan kemuncak kepada kempen “Ascend to New Heights” yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa dari 21 – 23 Disember 2012.

Kempen ini adalah terbuka kepada orang ramai dimana mereka menawarkan lebih 2,000 hadiah termasuk hadiah utama.

Hadiah utama merupa pelancongan ke Dubai (3 hari 2 malam) untuk 2 orang yang ditaja sepenuhnya di hotel bertaraf 5 bintang. Termasuk pakej menaiki helikopter sekitara bandaraya, lawatan eksklusif ke bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa, menjejaki sejarah Dubai dan pengembaraan padang pasir.

Kempen ini merupakan mercu tanda penting kepada Huawei dalam usaha mereka mendekati pengguna secara langsung.

Terdapat beberapa acara menarik diadakan di sini bagi mendekati pengguna dengan mereka dalam masa yang sama memperkenalkan telefon pintar mereka kepada orang ramai pada harga istimewa.

Salah satu daripadanya adalah menaiki belon udara panas.

Dimana setiap pengunjung yang bertuah berpeluang menaiki belon udara panas untuk menglihat pemandangan KL dari udara.

3 telefon pintar yang diperkenalkan

  1. Ascend D1 Quad – telefon pintar bersaiz 4.5 inci terpantas dengan prosessor Huawei K3V2 quad-core 1.4GHz. Ianya mampu menjimatkan tenaga sehingga 30% dan boleh didapati pada harga RM1,239
  2. Ascend G600 – berskrin LCD IPS HD bersaiz 4.5 inci dengan resoluti 960 x 540 menawarkan kualiti paparan pada Corning Gorilla Glass. Boleh dihidupkan dalam tempoh masa terpantas 5 saat. Dicas sepenuhnya selama 4 jam dan mampu bertahan dalam masa 15 hari waktu standby pada harga RM799.
  3. Ascend G330 – telefon pintar mampu milik dengan rekabentuk anggun dan nipis dengan paparan 4 inci. Dengan kelajuan prosessor dual-core 1.5Ghz dengan RAM 512Mb sehingga 4Gb pada harga RM599

Anda boleh menyertai peraduan yang sedang mereka lakukan “Ascend to New Heights” di laman www.AscendToNewHeights.com untuk memenangi hadiah menarik seperti telefon pintar, peranti Huawei, kemeja T, pen-drive dan tiket wayang.

Ianya akan berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Untuk info terkini  Huawei Device Malaysia anda boleh lawati:-
Facebook : www.facebook.com/HuaweiDeviceMY   (Malaysia)
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Huawei Dekati Pengguna di Taman Tasik Titiwangsa 21 – 23 Disember

Leave a Reply

Top