Ini pengalaman pertama menaiki belon udara panas.
Itupun sebab guna pass media. Kalau tidak, kena beratur pepanjang untuk tunggu turn. Itupun kalau bernasib baik.
Kalau tidak……
Tiap kali ada festival belon udara panas Putrajaya, sure ada yang tanya. Dapat naik belon ke x?
Jawapan Bro mesti la, “xde rezeki” – sebenarnya malas nak beratur dan berebut-rebut nak naik.
Inilah rezeki Bro bila dijemput sebagai media untuk event Huawei di Taman Tasik Titiwangsa minggu ini. Rugi pada sesiapa yang tidak meluangkan masa untuk event mereka.
Siapa tahu dapat memenangi pakej 3 hari 2 malam ke Dubai untuk 2 orang dan ditanggung sepenuhnya.
Malangnya isteri Bro tidak dapat menemani. Dia kerja waktu itu.
Maka terpaksa tangkat gambar sensorang.
Rasanya gambar ini je yang menampakkan Bro sedang menaiki belon udara panas.
Macam ini kot rasanya seseorang yang “forever alone”
Nak mintak mamat dekat sebelah ini, macam busy main-main api dalam belon takut belon turun ke bawah.
Just gambar tangan dia je masuk dalam gambar.
Bicara Bro : Dalam kehidupan ini, banyak lagi yang bro tak merasa lagi.
Jika diberi peluang, Bro nak habiskan masa bersama dengan isteri tersayang. Nak dia turut sama merasai apa yang Bro rasa.
Eh… uncle pon ada kat sana smalam… tapi kat stadium titiwangsa… layan Rock 4 Gaza… \m/
Wah uncle.. Teman g sana hari Jumaat je.
Wuuh..tentu best naik belon udara..
Lagi best, kalau dia naik lagi tinggi
Teringat masa kecik2 dulu abah ajak naik belon gas
semasa event dalam kem askar.. Seronok bagai tottt..
memang best kalau semua kegembiraan dikongsi bersama suami/isteri..
Belon gas tue yang macam mane ek? ke sama je dengan belon udara panas??
nice la bro.. berapa ye ketinggian dia? aku minat betul kalau naik benda2 yang mengayatkan ni
Tiada la tinggi mana, tak rasa gayat pun, tapi bila naik atas tue, tak boleh banyak bergerak, takut tak seimbang…
Tempoh hari ketika Pestan Belon Putrajaya tidak berkesempatan untuk naik.
rindu bini time nak belon panas detected!!! hahaha
Amboi, macam antivirus dia ek. Dah kahwin nanti baru tahu
bestnye..xde rezeki sy.
Dah pesan suruh tukar shift xnak :)
bukan taknak la..dah takde rezeki nak buat camne kan
seronok betul naik benda alah ni, tak pernah cuba seumur hidup
Mesti best dapat naik belon udara tu..
Eh..lawa theme baru blog bro ni :-)
Agak teruju juga sebenarnya bila dapat naik. Orang kedua naik pada hari tue.
Ingatkan tiada orang perasan tadi….
ok la tu bro. dpt gak naik. aku ni x naik2 lg
bestnya dapat naik belon udara panas
untungnya. tak pernah lagi naik sampai sekarang.
turun dari belon tu ada gigil tak kepala lutut?? heheee
supercool laa bro …hehe… gayat ke ?