You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia : Tundukkan Suami Dengan Nasi Kangkang

17,421,345 total views, 3,166 views today

Fitrah Manusia : Tundukkan Suami Dengan Nasi Kangkang

Nasi Tangas atau lebih dikenali sebagai Nasi Kangkang.

Ianya merujuk kepada satu amalan ilmu sihir hitam, biasanya merupakan perbuatan bagi menundukkan suami yang dilakukan oleh isteri.

Perbuatan ini merupakan perbuatan menyihir suami dengan melakukan beberapa perkara bagi memastikan suami akan sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri agar segala impian yang diingini dapat dicapai.

Sihir ini dikenali sebagai as-sihru’i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas dengan pendapat memberi makan kekotoran kepada mangsa akan memberi kesan mangsa akan tunduk kepada yang pemiliknya.

~ sumber wikipedia ~

Persoalannya disini,

Kenapa ada sesetengah perempuan menggunakan nasi kangkang untuk menundukkan lakinya?

Pada bro,

Sebenarnya masakan dari air tangan sendiri mampu buat lelaki/suami makin menyayanginya. Sebab itu elok jangan bagi suami rasa masakan dari air tangan bibik mahupun perempuan lain.

Tak pasal-pasal laki sendiri pergi dekat perempuan lain.

Dalam masa yang sama, jangan asik ajak suami makan diluar, nescaya suami anda nanti dok asik makan luar. Anda juga yang asik dok makan hati.

Kalau anda tak tahu masak, tak salah untuk berlajar memasak. Tonton sahaja MasterChef hari-hari. Kalau tonton sahaja tiada gunanya jika tidak cuba memasaknya.

Tapi kalau rasa ada yang tak kena walaupun hari-hari anda memasak untuk suami anda, try check tangan anda.

Selalunya ada 2 punca je benda ini tak menjadi :-

  1. Anda tak menyalurkan keikhlasan dan kasih sayang anda kedalam masakan anda
  2. Tangan yang anda gunakan untuk memasak tak berbasuh.

Apa pula pendapat anda? jom kita kongsikan bersama.

Bicara Bro : Kenapa perempuan bagi nasi kangkang pada suaminya?

Bila perempuan asik kangkang, tetapi lakinya tetap tak mahu tunduk-tunduk. #troll

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

29 thoughts on “Fitrah Manusia : Tundukkan Suami Dengan Nasi Kangkang

  1. Betul tu saya setuju.. Makan hasil masakan isteri lebih baik daripada makan dekat luar.. Tapi isteri saya tak sempat nak masa disebabkan sibuk dengan urusan kerja.. 😉

    1. Perlu saling faham memahami. Tak salah pun nak makan diluar bersama isteri.

      Tapi elok makan ditempat yang berbeza dan hidangan yang berbeza.

      Kalau sama je.. dan dekat kedai tue ade bunga yang sama je diperhatikan.

      Prepare-prepare je la ek

  2. ngeeee…risau je dengar cerita-cerita macam nih. sebab masih lagi ada yang amalkan benda yang bertentangan dengan agama kan. padahal banyak saja cara yang elok dan berdasarkan prinsip islam untuk menambat hati suami. tapi kalau syaitan dah menguasai hati, semua dah jadi halalkan bro.

  3. Masa memasak tuh dimulakan selawat dan bismillah.. masak dgn hati yang riang dan niatkan agar masakan itu dapat merapatkan hubungan intim suami isteri + anak2..

    Balasan amat azab sekali bg perempuan yg melakukan syirik

  4. Part yang paling best ialah bila tuhan balas secara cash kat perempuan tu.. yang pernah diceritakan pengamal selalu merancau, berat badan jadi susut,muka takder seri dan cengkung dan paling best bila anunya berbau macam mayat.Biasanya sipengamal sukar menghembuskan nafas terakhir selagi tidak mendapat keampunan daripada suami.. .apapun ada tak nasi kangkang dari suami pula..:)

  5. Setuju sangat dengan cara tu. Bagi saya guna sihir supaya orang lain ikut telunjuk kita,cara paling hina dan tidak puas. Orang mahu biar ada usaha kita, baru best dan seronok kalau suami ikut cakap sebab sayang kita. Tapi paling lawak sebab kedua tak menjadi tu, sebab tangan tak basuh ya. haha

  6. salam…masih mmg ramai lg yg mengamalkan ilmu yg syirik ni..kadang2 isteri terdesak dan terpaksa…Ya Allah, mintak jauhla diri aku dari perbuatan tersebut.

Leave a Reply

Top