October 12, 2024

Ibu Muda Berumur 21 Tahun Campak Bayi Dari Tingkat 3

Ini rupa ibu muda berumur 21 tahun yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3.

Kejadian ini baru terjadi di Flat Desa Mentari, Petaling Jaya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.

Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.

Bila bro tengok muka ibu muda ini.

Nampak cantik, entah apakah benda yang telah terjadi sehinggakan dia sanggup mengambil tindakan sebegini.

Maka jangan la letakkan kesalahan pada dia. Punca kejadian seperti ini perlu disiasat dan tindakan lanjut perlu diambil supaya kejadian macam ini tidak berlaku lagi.

Tapi tindakan bukan ditujukan pada wanita ini. Mungkin pada ahli keluarganya, masyarakat ataupun didikan yang diterima.

Bicara Bro : Wanita paling mudah didekati oleh Syaitan. Sebab itu mereka mudah melakukan sesuatu kesalahan tanpa berfikir panjang dan terlalu mengikut emosi.

Sebab itu lelaki diamanahkan sebagai pembimbing dan pelindung mereka.

Apa yang bro boleh cakap disini. Jangan sesekali mengabaikan anak perempuan, adik beradik perempun, isteri mahupun saudara wanitanya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Ibu Muda Berumur 21 Tahun Campak Bayi Dari Tingkat 3

    1. Tak boleh juga nak salahkan dia pakai tudung ke apa.

      Orang yang hadapai tekanan. Kalau imam tak kuat walaupun dia ustaz atau ustazah sekali pun, pasti mudah jadi macam nie.

      Bro sendiri pun akui, memang susah nak kawal baran bro. Cuma bro amik pendekatan untuk elakkan orang atau perkara yang mampu buat bro baran.

      Alhamdulillah… Ok je sampai la nie.

    2. meletakkan anak di mana2 tempat asalkan selamat boleh lagi diterima, tetapi sikap melontarkan anak seperti dia memang susah utk dimaafkan. Jika kita sendiri terhantuk didinding pun terasa sakit yang amat, apa tah lagi kesakitan yg bayi ini tanggung..

      sorry… aku susah utk menerima kematian bayi seperti ini..

  1. Nilah masalahnya.. bila wanita tu comel dan cute….. mula la rasa kesian dan simpati, d salahkan pulak org d sekeliling. Tapi bila yg melakukan jenayah itu permpuan yg tak sebpa parasnya dihina dan dikutuk lagi. “Dahla hodoh buat dosa lagi”. X kira comel ka tdk, wanita ini harus diberi hukuman yg septtnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *