You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Astro Best – Saluran Istimewa Untuk Filem Antarabangsa

17,432,428 total views, 93 views today

Astro Best – Saluran Istimewa Untuk Filem Antarabangsa

Astro telah menambahkan lagi saluran baharu untuk peminat filem-filem antarabangsa dengan memperkenalkan Astro Best selepas kejayaan Astro First yang menyajikan filem-filem tempatan.

Astro Best menyajikan kandungan hiburan terunggul terutamanya filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia bagi peminat-peminat filem dimana ianya boleh didapati melalui sistem satelit dan IPTV.

Filem-filem tersebut akan disiarkan dalam format definisi tinggi (HD) menerusi saluran 481 selepas tiga bulan tayangan di pawagam.

Bermula 29 Ogos, para pelanggan boleh membeli filem-filem antarabangsa termasuklah Asia dengan RM10 bagi setiap pilihan filem yang dibuat. Filem yang dipilih itu boleh ditonton dalam masa 48 jam selepas langganan

Buat permulaan antara filem-filem yang bakal ditawarkan ialah:-

  1. Marvel’s The Avengers,
  2. The Hunger Games,
  3. What to Ezpect When You’re Expecting,
  4. The Cabin In The Wood
  5. konsert Korea I AM:SM Town Live Tour in Madison Square.

Astro telah melakukan kolaborasi dengan studio-studio antarabangsa seperti The Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance, Sony Pictures Televisyen, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica untuk membolehkan pelanggan mengakses gedung filem-filem antarabangsa yang disediakan.

Bicara Bro : Memang menarik, cuma agak kecewa kerana perlu menunggu 3 bulan baru boleh menontonnya di Astro Best.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Astro Best – Saluran Istimewa Untuk Filem Antarabangsa

  1. bagi yg takde masa nak g panggung mmg bagus la astro best ni..tapi bagi yg selalu g panggung wayang bila ada movie baru mcm sy ni tak kisah sgt kot astro best ni..lagipun 3 bulan nak tunggu..lama tu…heee~

Leave a Reply

Top