Semalam,
Selepas habis beropen house di rumah Yana Yassin.
Bro plan nak terus balik ke rumah. Rasa dah mengantuk sesangat. Mungkin penat dari pagi sampai ke malam tak rehat walaupun 1 Malaysia cuti sambut kemerdekaan.
Dalam kepala ada juga terplan nak pergi Tweet Up Merdeka 55 Tahun dekat Bukit Jalil yang menjadi tweet up teramai sehingga memecahkan rekod dunia.
Maknanya rekod Tweet Up Oct tahun lepas dah terpecah la ek.
Dalam kepala juga ada plan nak tengok wayang. Tapi bila fikir-fikir tiada cerita best, yang best pun dah tiada dekat pawagam. So tunggu ianya keluar dekat Astro Best tidak lama lagi.
Sekali ternampak cahaya lampu batman terpancar di langit yang gelap.
Kalau ikutkan mana ada batman dekat Malaysia nie. Yang ada pun Kluangman je. Itu pun belum tentu ada dekat Kluang, Johor. Kalau Hospital Bahagia Tampoi, ada la.
Maka bro pun mencari dari mana datangnya cahaya itu dalam masa yang sama memperlahankan kereta di lebuharaya LEKAS.
Bro jumpa.. Adeh macam mana nak kesana? Agak jauh juga bro mencari susur keluar, walaupun pada awalnya terasa macam tersalah jalan.
Ikut firasat diri, akhirnya sampai juga. Walaupun si dia yang ada disebelah bro terpingga-pingga tak tahu bro nak bawa dia kemana.
Bila sampai je ke lokasi yang dituju. Ternampak senyuman dia sampai ke telingga.
Suka la tue.
Ok, sampai juga ke Fun Fair yang dituju. Lokasinya di Balakong (seperti yang diperkatakan oleh rakan bro di dalam facebook bro).
Walaupun fun fairnya tak semenarik dalam Filem 3 Temujanji. Jadi la, asalkan mampu kurangkan stress bro dan si dia yang tak lama lagi akan bertukar status.
Ada juga beberapa permainan yang bro cuba. (semestinya permainan yang mampu memenangi hadiah menjadi pilihan – kalau tidak, rugi la kan)
Ini sahaja yang mampu bro menangi. Asalkan mampu memenangi hati si dia.
Jeles pula tengok teddy bear yang Brad Pitt dalam dalam cerita Mr & Mrs Smith. Dekat sini macam kedekut je Fun Fairnya.
Bicara Bro : Ini merupakan kali kedua bro pergi ke Fun Fair. Kali pertama pergi masa darjah tiga.
Bro ada perasan ada beberapa gerai, dah macam gerai judi. Sebab perlu melakukan pertaruhan.
Tercari juga gerai yang ada game Bingo macam dalam cerita Mr. Bean.
Wahh..Wahh.. Wahh..
Romantinya.. Pergi ke Funfair bersama si dia.. Untuk memenangi hati Si dia dengan memenangi Hadiah di Funfair..
Semoga hubungan Bro dengan Si Dia berkekalan hingga ke akhir hayat..
P/s: Saya sedang mencari 50 penaja untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja, sila (Klik Di Sini)
Sekali sekala romantik xpe… Jangan selalu, nanti bosan he..23x
Dan tak boleh diguna pakai time kecemasan.
Thank…
Maaf, menarik contest tue. Bro maybe tak dapat nak taja sebab nk fokus pada majlis.
ok lah tu bro.. ade jugak hadiahnyer.. hihihi
Usaha tangga kejayaan…
Syok nye..dah la warne febret domo tu..untung la cik kekasih..
Untung la dia kan… untung juga dia dapat bro he…23x walaupun bukan febret sape2 he..23x
yang tepi haiway tu…jauhnya bro lalu lekas..patutla terpusing1 nak kesana
Bro tak biasa jalan sana la dkna.. Kalau biasa sure senang je nak ke sana.
Tapi bila naik benda pusing bulat-bulat tue baru dapat gambaran dimana bro berada :)
hahahaha. funfair kat malaysia ni memang kedekut.hahahaha
Biasa la tue…
Bapak wa buka ini fun fair untuk orang suka-suka
Tapi lu orang, suka-suka buat ini fun fair macam bapak lu yang punya
Tahun ada lepas ada bawa anak-anak yang beriya-iya mahukan ke Fun Fair. Sekadar memenuhi hasrat mereka.
Risau juga nanti anak mintak yang bukan-bukan :)
Ok la tu dapat hadiah anak patung cute.. haha djchef ni klu p funfair (tapak pesta penang) p men benda2 ni dapat kalendar ja.. haha
Jadi la dapat kalendar.
Ingat senang nak dapatkan patung nie.. kena pandai kautim dengan tokey fun fair he..23x
teringat kenangan hsbd bawak g funfair dulu kiki
dulu-dulu tue bila ek?
nampak ira happy je dpt bear kecik tu.. :)
Mahu tak happy, kalau kamu, happy x dapat bear kecik tue. Ke nak lagi besar ek?
pergi funfair memang wajip main baling gelang
Itu pun best juga…
Tapi macam susah nak menang je. Nanti rugi pula main if xdapat apa-apa
dah lama tak pergi funfair..asyik funfair kat laptop je..hahaha
Bro depan laptop hadap kerje je….
pergi fun fair x pernah menang hadiah even banyak game main, haha
Adeh… siannye…
Tips dari bro.. masa datang fun fair.. kena round habis dan usha mana-mana yang rasa boleh menang.
Then tukar token n terus main benda yang boleh menang.
Hasilnya…. tue dekat atas tue la
Romentik 23x tu bro..
dah berapa lama aku tak pergi fun fare nie .
kawin jgn lupa jemput…hehe
wah!
romantik gitu..hehe