You are here
Home > Bersama BroFramestone > Seumur Hidup, Ini Kali Kedua Pergi Ke Fun Fair

17,424,988 total views, 6,809 views today

Seumur Hidup, Ini Kali Kedua Pergi Ke Fun Fair

Semalam,

Selepas habis beropen house di rumah Yana Yassin.

Bro plan nak terus balik ke rumah. Rasa dah mengantuk sesangat. Mungkin penat dari pagi sampai ke malam tak rehat walaupun 1 Malaysia cuti sambut kemerdekaan.

Dalam kepala ada juga terplan nak pergi Tweet Up Merdeka 55 Tahun dekat Bukit Jalil yang menjadi tweet up teramai sehingga memecahkan rekod dunia.

Maknanya rekod Tweet Up Oct tahun lepas dah terpecah la ek.

Dalam kepala juga ada plan nak tengok wayang. Tapi bila fikir-fikir tiada cerita best, yang best pun dah tiada dekat pawagam. So tunggu ianya keluar dekat Astro Best tidak lama lagi.

Sekali ternampak cahaya lampu batman terpancar di langit yang gelap.

Kalau ikutkan mana ada batman dekat Malaysia nie. Yang ada pun Kluangman je. Itu pun belum tentu ada dekat Kluang, Johor. Kalau Hospital Bahagia Tampoi, ada la.

Maka bro pun mencari dari mana datangnya cahaya itu dalam masa yang sama memperlahankan kereta di lebuharaya LEKAS.

Bro jumpa.. Adeh macam mana nak kesana? Agak jauh juga bro mencari susur keluar, walaupun pada awalnya terasa macam tersalah jalan.

Ikut firasat diri, akhirnya sampai juga. Walaupun si dia yang ada disebelah bro terpingga-pingga tak tahu bro nak bawa dia kemana.

Bila sampai je ke lokasi yang dituju. Ternampak senyuman dia sampai ke telingga.

Suka la tue.

Ok, sampai juga ke Fun Fair yang dituju. Lokasinya di Balakong (seperti yang diperkatakan oleh rakan bro di dalam facebook bro).

Walaupun fun fairnya tak semenarik dalam Filem 3 Temujanji. Jadi la, asalkan mampu kurangkan stress bro dan si dia yang tak lama lagi akan bertukar status.

Ada juga beberapa permainan yang bro cuba. (semestinya permainan yang mampu memenangi hadiah menjadi pilihan – kalau tidak, rugi la kan)

Ini sahaja yang mampu bro menangi. Asalkan mampu memenangi hati si dia.

Jeles pula tengok teddy bear yang Brad Pitt dalam dalam cerita Mr & Mrs Smith. Dekat sini macam kedekut je Fun Fairnya.

Bicara Bro : Ini merupakan kali kedua bro pergi ke Fun Fair. Kali pertama pergi masa darjah tiga.

Bro ada perasan ada beberapa gerai, dah macam gerai judi. Sebab perlu melakukan pertaruhan.

Tercari juga gerai yang ada game Bingo macam dalam cerita Mr. Bean.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Seumur Hidup, Ini Kali Kedua Pergi Ke Fun Fair

  1. Wahh..Wahh.. Wahh..

    Romantinya.. Pergi ke Funfair bersama si dia.. Untuk memenangi hati Si dia dengan memenangi Hadiah di Funfair..

    Semoga hubungan Bro dengan Si Dia berkekalan hingga ke akhir hayat..

    P/s: Saya sedang mencari 50 penaja untuk menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja, sila (Klik Di Sini)

    1. Sekali sekala romantik xpe… Jangan selalu, nanti bosan he..23x

      Dan tak boleh diguna pakai time kecemasan.

      Thank…

      Maaf, menarik contest tue. Bro maybe tak dapat nak taja sebab nk fokus pada majlis.

    1. Adeh… siannye…

      Tips dari bro.. masa datang fun fair.. kena round habis dan usha mana-mana yang rasa boleh menang.

      Then tukar token n terus main benda yang boleh menang.

      Hasilnya…. tue dekat atas tue la

Leave a Reply

Top