You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Review Filem Baik Giler Lakonan Zizan Razak

17,452,704 total views, 5,173 views today

Review Filem Baik Giler Lakonan Zizan Razak

Layar Dimensi (M) Sdn Bhd buat pertama kalinya menghasilkan filem sulung berjudul Baik Giler di bawah arahan pertama Mansor Akob (Manchi) dalam pengarahan filem.

Sudah serasi dengan penerbitan drama selama ini, Layar Dimensi (M) Sdn Bhd menampilkan percubaan filem pertama mereka dengan genre komedi.

Zizan Raja Lawak telah dipilih sebagai teraju utama dan turut mengetengahkan penyanyi Farawahida yang juga merupakan pertama kali muncul di layar perak.

Ini merupakan filem kedua back to back Zizan Razak selepas seminggu tayangan Filem Mael Lambong.

Sipnosis Filem “Baik Giler”

Ia mengisahkan tentang Afiq (Zizan Raja Lawak) mengalami trauma setelah berlaku kemalangan maut di hadapan mata melibatkan adik angkatnya. Disebabkan trauma ini, Afiq telah dimasukkan ke hospital bahagia selama seminggu.

Trauma ini menambah lagi tekanan pada Afik menyebabkan beliau akan melenting apabila perkataan ‘Baik Giler’ ditujukan padanya. Bagi Afik, perkataan tersebut seperti ejekan dan sindiran padanya yang baru sahaja keluar dari hospital mental.

Afiq menjalani kehidupan seperti biasa selepas itu dengan sentiasa menghabiskan banyak masa dengan teman baiknya, Yap (Justin Choo). Dalam pada mereka berdua keluar bersama, mereka telah menyelamatkan Pak Pejol (Tamrin Ibrahim Pendek) dari disamun.

Selepas insiden tersebut, Afiq bertemu dengan anak Pak Pejol, Suraya (Farawahida) dan akhirnya mereka telah menjalin cinta.

Bukan mudah untuk Afiq menjalani kehidupan biasanya. Afiq perlu berhadapan dengan Kimi (Awie) yang berdendam dengannya apabila beliau diterima bekerja semula.

Kimi sangat tidak berpuas hati dengan Afiq. Beliau telah berpakat dengan Joe (Esma Daniel) dan kekasihnya Diana (Siti Fazurina) untuk menjatuhkan Afiq.

Apa yang berlaku selanjutnya? Boleh terus ke pawagam berhampiran bermula 28 Jun 2012.

Review Filem “Baik Giler” dari Bro Framestone

Tidak banyak yang boleh bro harapkan untuk filem ini dimana kekuatan filem ini hanya terletak pada Zizan sahaja.

Manakala pelakon lain hanya sebagai watak penyeri dalam filem ini walaupun boleh dikatakan pelakon yang mantap dengan komedi berlakon bersama tetapi komedinya kebanyakan tidak seperti yang diharapkan.

Mungkin dari segi komedi elok diperbaiki dan dijadikan lebih semulajadi kepada diri pelakon yang terlibat.

Trailer Filem “Baik Giler”

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Review Filem Baik Giler Lakonan Zizan Razak

Leave a Reply

Top