You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Majlis Perlancaran “Avast Antivirus Versi 7” & “WeChat Mobile Apps” Di Malaysia

17,417,114 total views, 5,509 views today

Majlis Perlancaran “Avast Antivirus Versi 7” & “WeChat Mobile Apps” Di Malaysia

Baru-baru ini bro telah diinvite oleh APAC Venture ke majlis “APAC Venture Glitz & Glam Bloggers Party” di Zouk, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini adalah untuk majlis perlancaran Antivirus Avast versi ke-7. Dalam masa yang sama memperkenalkan applikasi sosial pada telefon pintar “WeChat” di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda,

APAC Venture Sdn Bhd merupakan syarikat pengedar barangan IT di rantau Asia Pasifik. Anda boleh layari www.apacventure.com untuk maklumat lanjut.

Pada majlis ini, beberapa blogger di invite untuk diberikan pendedahan mengenai 2 jenama yang sedang mereka pasarkan di Malaysia:-

  1. Antivirus Avast Version 7
  2. WeChat

Antivirus Avast Version 7.

Dijamin lebih pantas dan ringan berbanding versi yang sebelumnya.

Avast! Pro Antivirus Home & Student Edition-RM29.90

Avast! Internet Security-1PC RM69, 3PC RM119, 5PC RM119

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.avast.com.

WeChat – Mobile Application

WeChat merupakan salah satu platform berkomunikasi percuma melalui mobile yang dibangunkan di  China oleh Tercent.

Ianya menawarkan kemudahan untuk berkomunikasi, plug-in untuk bersosial dan aplikasi untuk berkongsi kandungan/bahan dalam memenuhi kehendak SOLOMO (Social, Location & Mobile).

Buat masa sekarang ianya hanya terdapat untuk iOS, Android, Symbian dan Window.

Ciri-ciri WeChat yang menawan kaki sosial.

  1. Voice Messaging
  2. Shake – Hanya goncang untuk menambah kenalan dan bertukar maklumat.
  3. Look Around – Mencari kenalan yang berdekatan
  4. Drift Bottle – Menyimpan mesej didalam botol
  5. Facebook connect
  6. Emoji
  7. Group Chat

Salah seorang blogger yang hadir diberi tunjuk ajar menggunakan applikasi WeChat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.wechatapp.com.

Sekiranya anda sudah mendownload applikasi ini, jangan lupa untuk add bro dalam friend list anda. id WeChat : broframestone.

Maka anda boleh chat dengan bro di telefon tanpa mengetahui no telefon bro.

Bicara Bro : Sejak menggunakan WeChat, bro dapat berkenalan dengan beberapa orang rakan yang kedekut nak sms bro he..23x

Avast merupakan antivirus yang bro gunakan sejak tahun 2006 hingga kini. Tidak mengecewakan.

Pernah guna antivirus lain yang jauh lebih power. Sehinggakan, nak download movie, install game, nak masuk laman web tertentu tak dapat.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Majlis Perlancaran “Avast Antivirus Versi 7” & “WeChat Mobile Apps” Di Malaysia

Leave a Reply

Top