Orang kata,

Lepas kahwin rezeki akan jadi lagi murah.

Kalau korang sokong statement ini, sila like entry ini :)

Bro pernah ajukan permasalahan yang sedang bro hadapi kepada keluarga, kenalan rapat (yang dah berkahwin) dan mereka yang lebih berpengalaman (orang yang tunggu masa nak kahwinkan anaknya).

Jawapan yang bro terima lebih kurang sama.

Berkahwin la

Dengan ini dapat membuka laluan baru dan pintu rezeki dalam kehidupan.

Memang betul jika bro katakan apa yang mereka katakan adalah benar.

“Bro..!! Lu kahwin la, tak elok bawa anak dara orang ke hulu ke hilir sampai lewat malam,” Kata rakan blogger Azfar Roslan.

Masalah bro simple, bukannya berat mana. Cuma terasa seksa.

1. Tempat tinggal.

Bro sekarang ini masih lagi menyewa di rumah sewa yang sama since 2005. Sewa pun mahal cuma bro jarang berada di rumah.

Kenapa bro perlu bayar sewa yang mahal sedangkan bro hanya berada di rumah untuk tidur. Tengok Astro dalam sejam dua sehari, Online if ada masa. Mandi sehari sekali dua sahaja dan membasuh baju dihujung minggu.

Kadangkala bro tidur dalam kereta je.

Mungkin jika bro berkahwin.

Tempoh masa bro habiskan di rumah lebih banyak :) Mandi pun maybe banyak kali he..23x

2. Kewangan

Bro akui, semua orang ada masalah kewangan.

Terus terang bro nyatakan di sini. Pendapatan bro hanya datang dari blog. Itu la pendapatan bro tiap2 bulan. Jika ada tue, ada la. Jika tiada?

Tak akan nak mintak dengan ibubapa pula.

Makan, pakai pun tak terjaga. Sian tengok mak bapak bro tengok nasib anak dia yang rela stop kerja gomen semata-mata nak jadi blogger.

Mungkin jika sudah berkahwin, pintu rezeki di buka. Banyak syarikat berminat dengan blogger parenting (So kena cepat2 buat anak ini)

Tahun ini, ramai kenalan blogger bro dah ada anak.

Rezeki rakan blogger bro – Ben Ashaari bertambah murah selepas kelahiran anak sulungnya.

3- Agama

Bro akui, kekadang bro agak sosial dan sembahyang pun entah ke mana.

Mungkin lepas berkahwin, bro akan lebih menjaga batas pergaulan. Fikir halal haram dalam memberi nafkah kepada keluarga.

Dan akan jadi lebih bertanggungjawab, selalu mengimamkan solat bersama isteri dan anak -anak.

Paling penting, mendalami ilmu agama untuk kesejahteraan keluarga bro dunia dan akhirat.



Rasanya cukup dengan 3 benda ini.

Bro tiada niat nak buka aib sendiri atau apa. Sekadar berkongsi pengalaman supaya kita renung-renungkan bersama. Supaya anda sendiri tau, bukan anda sahaja yang menghadapi masalah yang sama.

Apa yang bro nampak.

Kebanyakan kenalan bro yang sudah berkahwin. Dibuka pintu rezeki satu persatu :)

Memang jelas bro nampak. Itu janji Allah kepada hambanya yang melakukan sesuatu dengan niat keranaNya


Founder Beautifulnara.com bersama isteri dan anak sulungnya semasa majlis Aqiqah anaknya.

Bicara Bro : Bro harap perkongsian ini dapat membuka pintu hati sesiapa yang membacanya. Terutama kepada mereka yang rasa tak bersedia nak berkahwin (tapi dah ada buah hati bertahun-tahun).

Ada sesiapa nak berkahwin dengan bro tak (perempuan sahaja)