May 22, 2025

Motivasi Pagi : Doa Dari Mereka Yang Teraniaya

Assalamualaikum wbt

Doa dari keluarga, rakan-rakan mahupun jiran tertangga lebih berkat dan mudah ditunaikan olehNya.

Sebab itu,

Jika kita membuat sesuatu, mintak keberkatan dari keluarga. Tak kira nak menghadapi peperiksaan, menghadapi musibah mahupun mengecap kejayaan. Jangan sesekali membelakangi mereka.

Jika kita buat sesuatu, jangan membelakangi rakan-rakan. Merekalah insan terdekat dengan anda selepas keluarga. Tanpa mereka siapalah anda. Tak kan seumur hidup nak jadi kera sumbang?

Dengan jiran jangan diketepikan,

Merekalah kelompok masyarakat yang terdekat dengan anda. Hidup dalam masyarakat lagi berkat dari hidup sorang. Sekurang-kurangnya fardu kifayah mampu dilakukan bersama-sama.

Dan anda perlu ingat.

Doa mereka kepada anda lagi mudah dimakbulkan olehNya.

Sudahkah anda mendoakan kesejahteraan keluarga, para sahabat dan seluruh umat islam di dunia? Mereka juga begitu :)

Bicara Bro : Jangan aniaya orang lain. Kerana doa orang teraniaya mudah dimakbulkan.

Mungkin anda tidak merasa apa-apa jika seorang yang mendoakan. Bayangkan kalau seribu orang yang anda aniaya doakan. Insya’lah termakbul.

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan bro. Tak kisah baik atau buruk.

Dan bro ingin meminta maaf kepada mereka yang merasakan dirinya teraniaya oleh bro antara sedar atau tidak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Motivasi Pagi : Doa Dari Mereka Yang Teraniaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *