You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Murah Rezeki Bila Berniat Untuk Berkahwin

17,440,310 total views, 4,165 views today

Murah Rezeki Bila Berniat Untuk Berkahwin

Murah Rezeki Bila Berniat Untuk Berkahwin

Pintu rezeki mudah terbuka bagi mereka yang berumah tangga. Ini kerana ianya dapat mengelakkan maksiat dan juga memberi perluang kepada kita untuk memperbanyakkan amalan.

Dengan ini, mudahlah pintu rezeki dibuka oleh Allah swt untuk hambanya.

Bro pernah ajukan permasalahan yang sedang bro hadapi kepada keluarga, kenalan rapat (yang dah berkahwin) dan mereka yang lebih berpengalaman (orang yang tunggu masa nak kahwinkan anaknya).

Jawapan yang bro terima lebih kurang sama.

Berkahwin la

Dengan ini dapat membuka laluan baru dan pintu rezeki dalam kehidupan.

Memang betul jika bro katakan apa yang mereka katakan adalah benar.

Alhamdulillah,

Majlis bro tidak lama lagi. Pejam celik, pejam celik dah sampai waktu majlisnya.

Bro semakin sibuk dengan kerjaya, masih sempat uruskan urusan rasmi perkahwinan bro walaupun tiap-tiap minggu terpaksa balik ke Perak dan juga Johor.

Semalam bro dapat berita gembira.

Alhamdulillah, rasanya itu berkat bro selama ini ikhlas dan komitment pada kerja yang bro lakukan. Itu rezeki bro dalam masa yang sama mengurangkan beban kewangan yang bro hadapi sekarang nie.

Terima kasih juga bro ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi menaja untuk majlis bro. Walaupun bro bukan artis/retis, sekurangnya bantuan dari korang dapat mengurangkan beban yang bro hadapi (beban nak memikir sebenarnya)

Bro tak harapkan wang ringgit, cuma benda yang mampu melancarkan majlis dan melancarkan lafaz akad bro nanti. Bro nie darah gemuruh orangnya.

Jika ada sesiapa yang sudi memberi bantuan, bro amat hargai.

Buat masa sekarang, kekurangan orang nak basuh pinggan je. Jawatan lain akan diusulkan dari masa ke semasa. Kalau ada yang offer diri, amat dialu-alukan.

Ke ada yang nak offer jadi isteri bro yang seterusnya he..23x

Bicara Bro : Memang terasa ketara sangat bila dapati pintu rezeki terbuka untuk bro bila dah berniat untuk berkahwin. Itu janji Allah swt kepada hambaNya.

Jom baca kisah rakan bro yang telah berumah tangga (murah rezeki dorang).

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

33 thoughts on “Murah Rezeki Bila Berniat Untuk Berkahwin

  1. saya doakan moga majlis berjalan lancar, bagi saya saat melafaz ijab dan qabul itulah saat paling bermakna sekali, lebih-lebih lagi apabila dinikahkan oleh bapa mentua sendiri. alhamdulillah.

Leave a Reply

Top