April 19, 2024

Cover Photo Facebook Cikgu Shida Dari Parit

Siapa sini kenal Cikgu Shida dari Parit?

Cikgu Shida? Siapa tue?

Ala, cikgu yang suka buat video miming dan publish dekat youtube tue. Sampaikan satu Malaysia kenal dia.

Eh… Korang tak kenal ek?

Ok, tue maknanya korang antara orang yang….. (korang isilah sendiri).

Bro sendiri pun dah sebulan blog dan media hebohkan, baru terhegeh-hegeh nak amik tahu.

Tapi, bro bukan nak cerita pasal sejarah Cikgu Shida. Cuma nak kongsikan beberapa cover photo dari facebook beliau.

Dan kebanyakan gambar diambil dari babak dalam video miming beliau.



Bicara Bro : Teringat lagi, masa dia buat Panggilan Hangit dari HotFM buat bakal produksi beliau untuk telemovie cikgushida.com

Inilah salah satu hasil fenomena yang dibawa oleh Youtube. Makin kreatif rakyat Malaysia sekarang ek.

Kalau ikutkan ramai lagi rakyat kita yang pandai berlakon di depan kamera mahupun webcam. Cuma mereka tak upload di Youtube sahaja.

Mungkin mereka selesa ianya di simpan sebagai video klip 3gp yang menunggu masa tersebar dari satu telefon bimbit ke telefon bimbit yang lain.

Sebelum ianya masuk paper dan memalukan kedua-dua orang tua.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Cover Photo Facebook Cikgu Shida Dari Parit

Leave a Reply to Tyka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *