April 20, 2024

Chef Dr. Ezani Dilantik Menjadi Duta Produk MyChef

Untuk pengetahuan anda, pemenang pertama MasterChef Malaysia – Dr. Ezani Farhana telah dilantik menjadi duta produk MyChef.

Bertempat di Kuala Lumpur Conference Centre sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) menyaksikan Ezani menandatangani perjanjian diantaranya dengan MyChef.

Dan ini menjadikannya Duta ke-5 untuk produk MyChef digandingkan bersama 4 Chef yang lebih berpengalaman iaitu :-

  • Chef Liza
  • Chef Florence tan
  • Dato’ Chef Ismail
  • Chef Zam

Diharapkan penglibatan Chef Dr. Ezani dalam MyChef membolehkan beliau berkongsi resepinya kepada pengguna.

Beliau berjanji akan hasilkan sesuatu untuk anda dari MyChef.

Semua ini kerana sokongan anda kepada beliau selama ini.

Bicara Bro : Chef Dr. Ezani mampu pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Dari ciri perwatakan, beliau mampu memberi inspirasi kepada masakan halal dan islamic. Dalam masa yang sama menghasilkan sesuatu yang lebih segar mengikut usia dan jiwa remaja beliau.

Nampak padan tak kami,

Nie buat bro rasa nak cari isteri yang pandai masak :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Chef Dr. Ezani Dilantik Menjadi Duta Produk MyChef

  1. bagus Dr.Ezani ni, benar2 menjadi sumber inspirasi.
    kini semua orang mampu melakukan sesuatu dengan minat yang ada.
    apa yang penting kesungguhan untuk mencapainya perlu dikukuhkan lagi.

    1. betul tue…

      Bro minat berblog, dan bro jadikan blogging sebagai kerjaya…

      Bro juga minat….. errr… xnak la, nanti kena tarik telingga sebab bro gatai sangat he..23x

    1. oh…yeke bro..pecah rahsia..heee~

      > kat malaysia ni tak buat junior masterchef ke bro mcm kat autralia tu..kagum betul dgn dorang tu walaupun semua umur dlm 9-14 tahun..tapi semua pandai masak…teringin nak tgk malaysia pun ada mcm tu…~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *