April 27, 2024

Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya

Kredit pic & info ti Kosmo!

Sepatutnya perkara ini bro ingin kongsikan sejak malam tadi. Cuma belum mendapat sebarang info dari sumber yang boleh dipercayai selain Bernama.

Mengikut sumber,

Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Antara mereka yang hilang,

  1. Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 – Peguam
  2. Noorhisham Mohammad, 38 – Pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru
  3. Kamaruddin Shansuddin, 44, Pemandu peribadi jutawan itu.

Ish, dunia-dunia

Kerja apa pun ada juga risikonya, Susah berkerja dengan manusia.Kita tidak boleh menyalahkan kerjaya yang kita lakukan. Semuanya terletak pada nawaitu.

Tertiba teringat ayat Aziz M. Osman dalam cerita Setem

“Jadi posmen pun kena rompak”

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Bro berkata : dah pakarlah ek.. Cam dah biasa buat, tetapi belum ada apa-apa tindakan sebelum ini.

Dah ada, orang kenamaan yang terlibat, baru nak amik tindakan ek.

Sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

p/s- Kalau xsalah bro ada je cara membunuh & menghilangkan bukti [meant = mayat] yang berkesan. Tak nak try ke..??

please don’t try this at home & with others

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya

    1. bro dah lama xde hubungan dengan org kenamaan..

      zaman bro dah lama berakhir he..23x

      maybe statement tue maksudkan yang die tue hubungan berasaskan perniagaan or berkaitan kedudukan..

      siapa tahu kan

    1. sape yg leh tengok orang lain senang wahai zuriey…

      xpercaya cube tanya budak2 yang datang beraya nie.. ade dorg tahu kita nk senang ke nak rehat ke.. dok datang xputus2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *