May 30, 2026

Hisamitsu Raikan Hari Salonpas Dengan Pickleball dan Gaya Hidup Sihat

Hisamitsu Celebrates Salonpas Day with Pickleball

Hisamitsu Pharmaceutical Malaysia baru-baru ini meraikan Hari Salonpas® 2026 menerusi satu acara istimewa yang menggabungkan elemen wellness, sukan dan penglibatan komuniti.

Bersempena sambutan global Hari Salonpas® pada 18 Mei, acara ini menampilkan komitmen jenama tersebut dalam membantu rakyat Malaysia kekal aktif sambil mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Acara ini turut menjadi lebih bermakna apabila Salonpas® sekali lagi diiktiraf oleh Euromonitor International sebagai jenama patch analgesik topikal OTC No.1 dunia buat tahun kesepuluh berturut-turut sejak 2016.

Selain pengiktirafan tersebut, Hisamitsu Malaysia turut mengumumkan beberapa kerjasama strategik dan inisiatif komuniti baharu yang menyasarkan generasi pengguna moden dan aktif.

Legasi Inovasi dan Kelegaan Otot

Hisamitsu Celebrates Salonpas Day

Ditubuhkan di Jepun pada tahun 1847, Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc. terkenal sebagai syarikat penjagaan kesihatan global yang pakar dalam teknologi patch transdermal.

Dengan kehadiran di lebih 50 negara, syarikat ini terus berkembang menerusi produk terkenal seperti Salonpas® dan ByeBye-FEVER®.

Hari Salonpas® sendiri mempunyai makna istimewa di Jepun. Nombor “5” dan “18” melambangkan frasa Jepun “Kori wo Iyasu” yang membawa maksud “melegakan kekejangan”. Ia selari dengan misi jenama Salonpas® untuk membantu orang ramai bergerak dengan lebih selesa dalam kehidupan harian.

Sempena ulang tahun ke-92 Salonpas® sejak diperkenalkan pada tahun 1934, Hisamitsu Malaysia kini memberi fokus kepada transformasi digital, pengembangan e-dagang dan kerjasama gaya hidup untuk mendekati pengguna masa kini.

Hari Salonpas – Pickleball dan Wellness Dalam Satu Acara

Salonpas Day Pickle & Patch event

Antara sorotan utama sambutan kali ini ialah acara Salonpas® Day Pickle & Patch yang dianjurkan bersama PLAYA Racquet Club @ PARC Subang. Kerjasama ini merupakan kolaborasi pertama Hisamitsu Malaysia bersama venue sukan dan wellness, sekali gus membuka peluang kepada lebih banyak kerjasama dalam komuniti gaya hidup aktif di Malaysia.

Pickleball kini semakin popular sebagai salah satu sukan yang berkembang pesat di seluruh dunia kerana sifatnya yang santai, menyeronokkan dan mesra beginner. Gabungan elemen badminton, tenis dan ping pong menjadikan sukan ini mudah dipelajari oleh semua peringkat umur.

Bagi ramai peserta termasuk Bro sendiri, ini juga merupakan pengalaman pertama bermain pickleball.

Pengalaman Pertama Bermain Pickleball

My First Pickleball Experience

Sebaik sahaja memasuki gelanggang, Bro sebenarnya tidak menjangka pickleball memerlukan banyak pergerakan fizikal.

Pada mulanya permainan ini nampak santai dan mudah, namun selepas beberapa rally, Bro mula sedar betapa pentingnya koordinasi, refleks pantas dan pergerakan kaki dalam permainan ini.

Pergerakan ke kiri dan kanan, ayunan raket yang berulang serta tempo permainan yang laju membuatkan Bro berpeluh lebih daripada yang dijangka.

Namun apa yang membuatkan pengalaman ini menyeronokkan ialah suasana permainan yang sangat santai dan mesra beginner. Semua peserta saling memberi semangat sambil menikmati pengalaman belajar sesuatu yang baharu bersama-sama.

Walaupun baru pertama kali mencuba, Bro faham kenapa ramai orang mula ketagih dengan sukan ini.

Salonpas Day Pickleball Team

Salonpas Day Pickleball Winner

Pengalaman Menggunakan Salonpas® Sebelum dan Selepas Bermain

Sebelum memulakan permainan, Bro sempat menggunakan Salonpas® pada bahagian bahu dan belakang badan kerana sudah lama tidak bermain sukan raket. Sensasi sejuk yang diberikan terasa sangat menyenangkan dan membuatkan badan terasa lebih bersedia untuk aktiviti fizikal.

Selepas hampir beberapa jam bermain pickleball, Bro mula merasakan sedikit ketegangan otot terutama di bahagian betis, bahu dan belakang badan akibat banyak bergerak dan melakukan ayunan raket.

Di sinilah Salonpas® benar-benar membantu. Selepas menggunakan patch tersebut, sensasi penyejukan yang diberikan membuatkan otot terasa lebih lega dan selesa. Ia sangat membantu terutama selepas banyak pergerakan mengejut sepanjang permainan.

Apa yang Bro suka ialah produk ini sangat mudah digunakan dan sesuai dijadikan sebahagian daripada rutin gaya hidup aktif, sama ada sebelum ataupun selepas bersukan.

Memperkukuh Komuniti Melalui Aktiviti Wellness

Selain aktiviti sukan, acara ini turut mencerminkan visi lebih besar Hisamitsu Malaysia dalam membina hubungan lebih rapat dengan komuniti menerusi pengalaman berteraskan wellness.

Menurut syarikat tersebut, kerjasama bersama PLAYA Racquet Club hanyalah permulaan kepada lebih banyak kolaborasi bersama venue sukan dan wellness di seluruh Malaysia. Tujuannya adalah untuk menjadikan Salonpas® bukan sahaja sebagai produk kelegaan otot, tetapi juga teman pemulihan yang dipercayai untuk individu aktif.

Langkah ini selari dengan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap gaya hidup sihat, aktiviti kecergasan dan wellness. Dengan semakin ramai mula aktif dalam sukan seperti pickleball, hiking, gym dan larian, produk pemulihan kini menjadi sebahagian penting dalam rutin harian.

Salonpas® Terus Mendekati Pengguna Moden

Salonpas Product

Dengan pengiktirafan global, kepercayaan pengguna selama puluhan tahun dan pendekatan lebih moden menerusi penglibatan digital dan komuniti, Salonpas® terus berkembang seiring perubahan gaya hidup pengguna masa kini.

Sambutan Hari Salonpas® 2026 berjaya menunjukkan bagaimana jenama ini bergerak lebih jauh daripada pemasaran tradisional dengan mencipta pengalaman yang benar-benar dekat dengan pengguna melalui sukan, wellness dan gaya hidup aktif.

Daripada pemain pickleball kali pertama hinggalah kepada peminat kecergasan tegar, acara ini menjadi peringatan bahawa gaya hidup aktif juga perlu diseimbangkan dengan penjagaan diri dan pemulihan yang baik.

Ketika budaya wellness di Malaysia terus berkembang, inisiatif seperti Salonpas® Day Pickle & Patch membuktikan bahawa jenama boleh memainkan peranan lebih bermakna dalam menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://global.hisamitsu/

Keywords :

  • Hari Salonpas 2026
  • Hisamitsu Malaysia
  • Salonpas pickleball
  • pengalaman bermain pickleball
  • Salonpas Malaysia
  • patch sakit otot Salonpas
  • PLAYA Racquet Club
  • gaya hidup aktif Malaysia
  • produk pemulihan sukan
  • Salonpas Day Malaysia

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *