Jenama teknologi kesejahteraan antarabangsa Amezcua meraikan ulang tahun ke-20 dengan pelancaran global GX-1 Bio-Reset System, bermula di Kuala Lumpur sebagai fasa pertama peluasan pasaran bagi tahun 2026.
Pelancaran ini menandakan langkah awal pengembangan Amezcua ke Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika Sub-Sahara — rantau yang menyaksikan peningkatan minat terhadap amalan kesejahteraan berasaskan gaya hidup.
Menurut Global Wellness Institute (2024), ekonomi kesejahteraan Malaysia dianggarkan bernilai sekitar USD$31.8 bilion, mencerminkan minat berterusan pengguna terhadap penyelesaian kesejahteraan berorientasikan gaya hidup.
Pendekatan Tanpa Kuasa Untuk Kesejahteraan Harian
GX-1 Bio-Reset System ialah tikar grounding tanpa kuasa elektrik yang direka untuk digunakan sebagai sebahagian daripada rutin kesejahteraan harian. Produk ini tidak memerlukan elektrik, bateri atau pengecasan, serta tidak menjana arus elektrik atau memancarkan sebarang isyarat.
Sistem ini merangkumi wayar konduktif yang menghubungkan tikar utama kepada pad sentuhan lantai sekunder. Ia direka untuk digunakan di rumah, di tempat kerja atau ketika perjalanan sebagai pelengkap kepada rutin rehat, pemulihan dan kesejahteraan keseluruhan.
Amezcua merupakan jenama di bawah QNET, sebuah syarikat jualan langsung yang memfokuskan kepada gaya hidup dan kesejahteraan. Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam menyediakan penyelesaian kesejahteraan berinspirasikan alam semula jadi yang mudah diakses.
Ketua Pegawai Eksekutif QNET, Mattias Mildenborn berkata, dalam tempoh dua dekad lalu, terdapat peralihan global daripada penjagaan kesihatan reaktif kepada kesejahteraan proaktif.
“GX-1 mencerminkan peralihan ini dengan menawarkan penyelesaian mudah tanpa kuasa elektrik yang direka untuk disepadukan secara lancar ke dalam gaya hidup moden tanpa kebergantungan digital tambahan,”.
Grounding Sebagai Amalan Gaya Hidup
Grounding — atau turut dikenali sebagai “earthing” — merupakan amalan kesejahteraan yang terus mendapat perhatian di peringkat antarabangsa sebagai pendekatan pelengkap gaya hidup.
GX-1 dibangunkan di bawah bimbingan Lembaga Penasihat Saintifik Amezcua yang merangkumi pakar dalam bidang sains tenaga dan kesihatan integratif, termasuk Profesor Dr. Konstantin Korotkov, yang terkenal dengan penerbitan akademik berkaitan interaksi bioelektrik dan persekitaran.
Amezcua menekankan komunikasi yang bertanggungjawab dalam industri kesejahteraan yang berkembang pesat, dan meletakkan GX-1 sebagai produk kesejahteraan gaya hidup, bukannya peranti perubatan.
Ketua Pegawai Pemasaran QNET, Elena Khoo berkata ketelusan adalah penting memandangkan pengguna kini semakin celik maklumat.
“Kami bertanggungjawab untuk menyampaikan dengan jelas bahawa grounding diposisikan sebagai amalan gaya hidup pelengkap dan bukan bentuk rawatan atau intervensi perubatan. Ketelusan membina kepercayaan jangka panjang,”.
Bahan, Keselamatan dan Kualiti
GX-1 diperbuat daripada lapisan atas poliuretana (PU) elektro-konduktif dan lapisan asas buih Thermoplastic Polyester Elastomer (TPE).
Ujian bebas yang dijalankan oleh Bureau Veritas mengesahkan pematuhan terhadap peraturan keselamatan bahan kimia Kesatuan Eropah (REACH), tanpa pengesanan Substances of Very High Concern (SVHC).
Bahan yang digunakan adalah hipoalergenik dan selamat untuk sentuhan kulit berpanjangan. Produk ini dihasilkan di bawah sistem pengurusan kualiti yang diperakui ISO 9001:2015 dan diposisikan sebagai tikar kesejahteraan umum tanpa kuasa elektrik, bukan sebagai peranti perubatan.
Format Produk dan Kegunaan Harian
GX-1 ditawarkan dalam pakej dua tikar:
- Tikar besar – Sesuai digunakan di atas katil (di bawah cadar), di atas sofa atau kerusi, atau sebagai tikar yoga dalam rutin kesejahteraan peribadi.
- Tikar kecil – Direka untuk mudah alih, sesuai digunakan ketika duduk di meja kerja atau semasa perjalanan seperti dalam penerbangan.
Kedua-dua tikar boleh disambungkan untuk menghasilkan permukaan grounding yang lebih luas.
Produk ini boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi QNET serta melalui Pengedar Bebas Sah di pasaran terpilih.
Sempena peluasan global sepanjang tahun 2026, pelancaran GX-1 menandakan komitmen berterusan Amezcua dalam memperkenalkan teknologi kesejahteraan berinspirasikan alam yang disesuaikan dengan gaya hidup moden.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.amezcua.com.
Keyword :
- Amezcua GX-1 Bio-Reset System
- tikar grounding Amezcua
- pelancaran GX-1 Kuala Lumpur
- produk kesejahteraan QNET
- grounding lifestyle
- industri kesejahteraan Malaysia 2026



