Landskap acara dan hospitaliti Malaysia kini melangkah ke satu tahap baharu dengan pembukaan rasmi Ukay Hills, sebuah estet bukit moden yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ampang.
Dirasmikan pada 24 Disember 2025 oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, pelancaran ini menandakan kelahiran sebuah destinasi premium baharu untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan pengalaman gaya hidup eksklusif.
Direka sebagai sebuah destination estate bersepadu, Ukay Hills menggabungkan ruang acara, penginapan gaya hidup dan pengalaman gastronomi terkurasi dalam satu persekitaran yang menyeluruh.
Konsep ini mencerminkan perubahan cara masyarakat hari ini menganjurkan acara — daripada sekadar dewan, kepada pengalaman yang lebih peribadi, estetik dan bermakna.
Visi Baharu untuk Penganjuran Acara
Menurut Chee Yong Fatt, Pengarah Ukay Hills, estet ini dibina dengan matlamat untuk mencipta semula pengalaman penganjuran acara di Malaysia.
“Ukay Hills dibina dengan niat yang jelas: untuk memberikan Malaysia satu bentuk estet acara yang baharu — menggabungkan inspirasi perkahwinan impian ala Pinterest dengan realiti hospitaliti dan fungsi moden,”.
Ukay Hills bukan sahaja sesuai untuk majlis perkahwinan dan sambutan peribadi, malah turut menyokong retret korporat, pelancaran jenama, dan pengalaman gaya hidup premium. Setiap ruang boleh berfungsi secara berdikari atau digabungkan sebagai satu perjalanan acara lengkap.
Sajian Istimewa Bersama Seafood D’ Bendang
Pelancaran Ukay Hills turut memperkenalkan Restaurant Seafood D’ Bendang di Ukay Hills, jenama kulinari terkenal yang berasal dari Sekinchan. Kehadiran restoran ini menambah nilai besar kepada konsep hospitaliti estet ini.
Seafood D’ Bendang menawarkan hidangan penuh restoran, bilik makan VIP, sajian bufet serta perkhidmatan katering, menjadikannya komponen penting dalam menyokong majlis dan acara yang dianjurkan di Ukay Hills.
Estet Bukit yang Direka Secara Eksklusif
Terletak di persekitaran hijau Bukit Antarabangsa, Ukay Hills merangkumi:
- 29 suite gaya hidup
- Bilik Makan VIP
- Restoran perkhidmatan penuh
- Tiga ruang acara utama
Reka bentuknya diinspirasikan oleh senibina Eropah moden dan struktur kaca, digabungkan dengan elemen semula jadi bukit untuk mewujudkan suasana yang elegan, tenang dan eksklusif.
Sama ada untuk perkahwinan romantik atau acara korporat, Ukay Hills menawarkan latar visual yang menawan.
Menepati Keperluan Acara Moden
Dengan peningkatan pelancongan gaya hidup dan acara premium di Malaysia, penganjur kini mencari lokasi yang menawarkan fleksibiliti, suasana unik dan pengalaman menyeluruh.
Ukay Hills memenuhi permintaan ini dengan menyediakan sebuah destinasi khusus yang menggabungkan seni bina, hospitaliti dan alam semula jadi dalam satu lokasi.
Menurut Ray Cheng, Pengarah Ukay Hills:
“Kami mahu Ukay Hills terasa menyeluruh sejak tetamu melangkah masuk. Ia harus cantik, praktikal dan memberi rasa ‘escape’ tanpa perlu keluar dari bandar.”
Destinasi Baharu untuk 2025 dan 2026
Majlis pelancaran memperlihatkan lawatan berpandu ke ruang acara, suite dan kawasan makan, serta pengalaman gastronomi khas daripada pasukan Seafood D’ Bendang.
Dengan konsep one-stop destination, Ukay Hills dijangka menjadi lokasi pilihan baharu untuk perkahwinan, pelancaran jenama, retreat korporat dan majlis eksklusif di Selangor dan Lembah Klang.
Untuk pertanyaan lokasi dan tempahan acara 2025/2026, layari www.ukayhills.com atau hubungi +60 10-256 5618.
Keyword :
- Ukay Hills Selangor
- Ukay Hills Ampang
- tempat kahwin bukit
- venue perkahwinan Selangor
- lokasi acara premium Malaysia
- Seafood D’ Bendang Ukay Hills
- Bukit Antarabangsa event venue



