October 27, 2025

Syafiq Kyle & Kopiko Hidupkan Momen Kopi Bersama Peminat Seluruh Malaysia

Syafiq Kyle Kopiko

Selepas pengumuman rasmi awal bulan ini, Kopiko kini membawa kerjasama bersama duta jenama terbarunya, Syafiq Kyle, terus kepada peminat dengan aktiviti pengguna pertama di AEON Wangsa Maju pada 23 Ogos.

Acara ini menandakan kemunculan sulung Syafiq bersama Kopiko, sekaligus merasmikan kempen setahun penuh bertajuk “Kopi Pekat Tak Manis Sangat: Feveret Syafiq.”

Hubungan Peribadi Syafiq dengan Kopiko

Bagi Syafiq, peranan sebagai duta bukan sekadar kerjasama komersial, sebaliknya sesuatu yang peribadi. Minatnya terhadap Kopiko bermula sejak kecil dengan gula-gula Kopiko, dan kini diteruskan dengan pilihan kegemarannya, Kopiko Macchiato.

Minuman kopi ini terkenal dengan konsistensi pekat, aroma kaya serta rasa yang seimbang – tepat menggambarkan citarasa Syafiq yang kini dikongsikan bersama rakyat Malaysia.

“Syafiq Kyle telah menjadi peminat sejati Kopiko sejak bertahun lamanya, menjadikan kerjasama ini satu bentuk penghargaan kepada hubungan peribadi beliau dengan jenama. Aktiviti di AEON Wangsa Maju hanyalah permulaan. Kami teruja untuk mencipta lebih banyak momen kopi berani bersama Syafiq yang akan dinantikan peminat di seluruh Malaysia,” – Tiffany Low, Pengarah Jualan Kopiko.

Aktiviti Pelancaran Penuh Meriah

Acara pelancaran ini menyatukan Kopiko dan peminat Syafiq dalam suasana penuh warna dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya termasuk sesi soal jawab bersama peminat, permainan “This or That”, cabutan bertuah dengan barangan eksklusif bertandatangan Syafiq, serta peluang bergambar istimewa bersama aktor kacak itu.

Paling mencuri tumpuan ialah pengenalan koleksi cawan edisi terhad Kopiko x Syafiq Kyle, satu siri lapan rekaan unik lengkap dengan tandatangan cetakan dan nombor siri eksklusif.

Setiap lokasi kempen akan memperkenalkan rekaan berbeza, mendorong peminat untuk mengumpul keseluruhan koleksi sepanjang perjalanan Syafiq bersama Kopiko.

Setahun Momen Kopi Bersama Peminat

Syafiq Kyle Embarks Kopiko Journey

Pelancaran di AEON Wangsa Maju ini menjadi titik mula kepada setahun penuh dengan pelbagai siri jelajah, aktiviti bersama peminat dan kejutan khas yang dirancang untuk menghubungkan rakyat Malaysia lebih rapat dengan Kopiko serta Syafiq.

Kopiko menjemput semua untuk menyertai perjalanan ini – alami sendiri bold coffee moments, ikuti jelajah di seluruh negara, sertai aktiviti interaktif, dan cipta kenangan manis bersama Syafiq Kyle dalam tempoh 12 bulan mendatang.

Ikuti perkembangan di laman rasmi Kopiko Malaysia di Facebook dan Instagram (Kopiko Malaysia).

Keywords:

  • Syafiq Kyle Kopiko,
  • Kopiko Malaysia,
  • duta Kopiko,
  • Kopiko Macchiato,
  • kempen Kopiko 2025,
  • Syafiq Kyle fans,
  • acara Kopiko

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *