Bagi peminat teknologi di Malaysia, inilah masa terakhir untuk mendapatkan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kerana pra-tempah akan ditutup pada 26 Ogos 2025.
Tablet ini hadir dengan ciri-ciri serba boleh yang menjadikannya teman ideal untuk pelajar, profesional mahupun individu kreatif yang mencari keseimbangan antara kerja, hiburan dan gaya hidup mudah alih.
Dengan harga RM1,599, pra-tempah boleh dibuat di mana-mana HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop.
Lebih menarik, pelanggan yang membuat pra-tempah berpeluang menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM698, termasuk HUAWEI M-Pencil (Gen 3) dan akses penuh kepada PC-Level WPS Office. Tawaran ini pastinya berbaloi untuk mereka yang ingin meningkatkan produktiviti.
Paparan PaperMatte Anti-Silau Untuk Mata Lebih Selesa
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 menampilkan skrin 11.5 inci 2.5K HUAWEI FullView Display dengan refresh rate 120 Hz, kecerahan sehingga 600 nits, serta nisbah skrin-ke-badan 86%.
Keunikan paparan ini adalah teknologi PaperMatte anti-silau, dengan lapisan nano-etched yang mengurangkan pantulan cahaya sehingga 60%.
Ini bermakna pengguna boleh membaca e-buku, menulis nota atau melukis tanpa terganggu dengan silau skrin, walaupun berada di bawah cahaya terang. Tablet ini juga disahkan oleh SGS dan TÜV Rheinland, menjamin tahap keselesaan mata yang lebih baik.
Reka Bentuk Nipis, Ringan dan Bergaya
Dengan ketebalan hanya 6.1mm dan berat 515g, tablet ini mudah dimuatkan dalam beg kerja atau beg galas harian. Ia hadir dengan dua pilihan warna elegan, iaitu Violet dan Space Gray.
Reka bentuk moden turut dipadankan dengan Star Ring Camera Housing yang bukan sekadar estetik, malah menyokong sistem antena dwi untuk meningkatkan penerimaan isyarat sehingga 30%.
Ini menjadikannya sesuai digunakan untuk panggilan video atau penstriman kandungan tanpa gangguan, walau ketika bergerak.
Produktiviti PC-Level Dengan HarmonyOS 4.3
Dikuasakan oleh HarmonyOS 4.3, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 menyokong fungsi multitasking yang lancar. Antara ciri utama termasuk:
- PC-Level WPS Office – pengalaman seperti menggunakan laptop, sesuai untuk menyiapkan tugasan atau laporan.
- Floating Multi-Window – membolehkan pengguna membuka dokumen sambil membuat rujukan nota dalam tetingkap berasingan.
- HUAWEI M-Pencil (Gen 3) – dengan sampel kadar 240 Hz, latency ultra-rendah, dan pengecasan tanpa wayar untuk pengalaman menulis serta melukis lebih natural.
Bagi mereka yang gemar hiburan, tablet ini turut dilengkapi dengan empat pembesar suara berkuasa Histen 9.0, menghasilkan bunyi sinematik ketika menonton filem atau bermain game.
Kamera 13MP belakang dan 8MP hadapan pula memastikan kualiti imej jelas sama ada untuk merakam kreativiti atau mesyuarat maya.
Bateri Tahan Lama Dengan SuperCharge
Satu lagi kelebihan ialah kapasiti bateri 10,100 mAh yang mampu memainkan video lebih daripada 14 jam. Cukup untuk menemani seharian penuh kelas, kerja atau hiburan.
Dengan sokongan 40W HUAWEI SuperCharge, ia boleh dicas dengan pantas, manakala PD 3.1 compatibility memastikan pengecasan lebih fleksibel.
Tablet ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar untuk aksesori tertentu, sekaligus melengkapkan ekosistem HUAWEI yang serba lancar. Ditambah pula dengan akses kepada lebih 1 juta aplikasi selamat melalui AppGallery, pengguna boleh bekerja dan berhibur tanpa kompromi.
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 bukan sekadar tablet, tetapi sebuah alat serbaguna yang menggabungkan paparan anti-silau PaperMatte, produktivitI PC-level, rekaan moden nipis, serta bateri tahan lama.
Ia sesuai untuk pelajar, pekerja profesional, artis digital, atau sesiapa sahaja yang inginkan pengalaman tablet premium.
Jangan lepaskan peluang, kerana pra-tempah hanya dibuka sehingga 26 Ogos 2025. Dengan harga RM1,599 dan hadiah eksklusif bernilai RM698, ini adalah tawaran terbaik untuk menaik taraf gaya kerja dan hiburan anda.
Keyword :
- HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025
- Tablet HUAWEI Malaysia
- Tablet anti-silau
- Pra-tempah HUAWEI MatePad
- Harga HUAWEI MatePad Malaysia




