2023 PUBG Mobile Pro League Malaysia Fall (2023 PMPL MY Fall) akan berlangsung dari 7 Jun hingga 18 Jun 2023 dengan format terbaru.
16 pasukan PUBG Mobile profesional dari seluruh Malaysia akan bersaing dalam PMPL MY musim ini selama 2 minggu untuk gelaran TOP 1 dan jumlah hadiah terkumpul sebanyak USD80,000.
- Minggu 1: 7 hingga 11 Jun 2023 (Rabu hingga Ahad, dari 6.30pm)
- Minggu 2: 14 hingga 18 Jun 2023 (Rabu hingga Ahad, dari 6.30pm)
Musim baharu PMPL MY kali ini kembali dengan struktur pertandingan yang baru dan menarik. Berbeza dengan PMPL MY musim yang lepas, 16 pasukan tidak akan dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza secara rawak lagi.
Tambahan pula, kedudukan keseluruhan semua pasukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang diperoleh daripada perlawanan dua minggu ini.
Oleh itu, 16 pasukan perlu bertanding dalam semua perlawanan sepanjang dua minggu PMPL MY musim Fall untuk mendapatkan mata yang mencukupi untuk berada di ranking teratas. Tambahan pula, pasukan yang mendapat TOP 1 dalam 2023 PMPL MY Fall akan memperoleh satu slot dalam 2023 PMSL Fall yang akan datang.
Format perlawanan adalah sama sepanjang dua minggu 2023 PMPL MY Fall, iaitu 5 hari perlawanan dan 6 pusingan untuk setiap hari.
Oleh itu, 16 pasukan akan bertanding dari hari Rabu hingga Ahad bersama dengan jumlah 30 perlawanan setiap minggu. Pada setiap hari perlawanan, semua pasukan akan bersaing di peta Sanhok, Erangel dan Miramar.
Barisan penuh 16 pasukan profesional 2023 PMPL MY Fall adalah seperti berikut:
- CRIT VIP (CRVP)
- Dingoz Esports (DoZ)
- Dont Break Dreams (DBD)
- Geek Slate (GEEK)
- GENEXUS (GNX)
- GLAZER (GLZR)
- HOMEBOIS (HB)
- MAB ESPORTS (MAB)
- MEGA HRC ESPORTS (MEGA)
- MPX NSEA (MPNC)
- SEM9 (SEM9)
- Team Haq (THQ)
- Team Secret (TS)
- The Gringos Esports (TGe)
- TRIO DISTRO (TD)
- Yoodo Alliance (YALL)
2023 PMPL Malaysia Fall akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Malaysia, untuk memenuhi minat peminat PUBG Mobile Pro League dari Malaysia. Anda boleh menyaksikan siaran langsung di portal Facebook rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia, YouTube dan TikTok.
Adakah anda sudah bersedia untuk PMPL MY Fall 2023 yang akan bermula pada 7 Jun ini?
Ayuh kongsikan pendapat anda tentang pasukan yang anda minati atau pasukan yang anda rasa akan mendapat tempat teratas.
Jangan lepaskan peluang yang berharga ini untuk menyaksikan pasukan manakah yang akan menjadi TOP 1 2023 PMPL MY Fall!
2023 PUBG Mobile Pro League (PMPL) dihoskan oleh PUBG MOBILE dan dianjurkan oleh VSPO.