Acara larian ikonik Malaysia, IJM Allianz Duo Highway Challenge, bakal kembali pada 3 Ogos 2025 untuk edisi ke-7 yang lebih hebat dan penuh cabaran.
Tahun ini, acara ini mencapai satu lagi pencapaian besar apabila memperoleh pensijilan rasmi World Athletics, sekali gus mengesahkan statusnya sebagai marathon yang memenuhi piawaian antarabangsa.
Dengan pengiktirafan ini, para peserta kini boleh berlari dengan lebih yakin, merekodkan masa terbaik peribadi mereka dan bersaing di peringkat antarabangsa.
IJM Allianz Duo Highway Challenge : Dua Lebuhraya, Satu Pengalaman Luar Biasa
IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025 mengekalkan keunikannya sebagai satu-satunya larian di Malaysia yang melibatkan dua lebuhraya ikonik, NPE (New Pantai Expressway) dan BESRAYA.
Para peserta boleh memilih jarak 5km, 21km atau marathon penuh 42.195km, sesuai untuk semua peringkat pelari – dari pemula hingga profesional.
Bertemakan ‘Highway Legend’, acara tahun ini meraikan semangat juang, ketahanan dan kecekalan setiap peserta yang berani mencabar diri di laluan luar biasa ini.
Dari Larian Tempatan ke Peringkat Dunia
Sejak dianjurkan kali pertama pada 2017, IJM Allianz Duo Highway Challenge berkembang menjadi acara bertaraf antarabangsa yang dinanti-nantikan setiap tahun.
Pada 2024, acara ini mencipta sejarah apabila menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records: Marathon Penuh Pertama di Lebuhraya dan Laluan Marathon Terpanjang di Lebuhraya Tertutup.
Dengan pensijilan World Athletics terkini, acara ini kini menjadi pilihan utama pelari dari dalam dan luar negara, sekaligus mengukuhkan Malaysia sebagai destinasi marathon serantau.
Organiser mensasarkan lebih 12,000 peserta dengan 20% antaranya dari luar negara, menjadikan edisi kali ini sebagai antara acara marathon paling dinantikan di Asia Tenggara.
Fokus Kepada Keselamatan, Komuniti dan Kelestarian
Selain menyediakan laluan yang unik, acara ini juga memberi penekanan serius kepada aspek keselamatan, impak sosial dan kelestarian alam sekitar.
Pengarah perlumbaan, Eugene Chan daripada EC Pixels Asia, memberi jaminan bahawa segala aspek keselamatan telah dirancang teliti termasuk penutupan jalan, pacer profesional, stesen air dan sokongan perubatan.
Lebuhraya NPE dan BESRAYA bersama pihak Kementerian Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia telah bekerjasama memastikan semua operasi berjalan lancar serta gangguan trafik diminimumkan.
Acara ini turut menjadi platform untuk memperjuangkan kesedaran autism, dengan sebahagian hasil kutipan digunakan untuk menyokong kanak-kanak dan keluarga yang terlibat.
Selain itu, penggunaan bahan dan baju acara mesra alam turut diperkenalkan bagi mengurangkan jejak karbon acara.
IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025 : Sokongan Padu Dari Penaja Setia
Acara ini terus mendapat sokongan penuh daripada penaja utama, IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad, yang komited mempromosikan gaya hidup sihat, aktif dan lestari.
Dato’ Lee Chun Fai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad berkata:
“Dengan pengiktirafan World Athletics, IJM Allianz Duo Highway Challenge kini menjadi lebih daripada sekadar acara larian. Ia adalah platform gaya hidup sihat, komuniti dan pencapaian bersama yang kami banggakan.”
Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia pula berkata:
“Acara ini mencerminkan semangat daya tahan manusia. Kami bangga berdiri bersama IJM bagi edisi ketujuh ini dan menyokong peserta mencapai larian terbaik mereka.”
Daftar IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025 Sekarang!
Dengan lebih 80% slot telah diisi, peserta yang berminat digalakkan untuk segera mendaftar sebelum 30 Jun 2025 melalui www.ijmhighwayrun.com.
Untuk maklumat terkini, ikuti halaman rasmi Facebook IJM Allianz Duo Highway Challenge.
Mari bersama-sama kita #CONQUERTHEHIGHWAY dan cipta kenangan tidak terlupakan dalam IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025, satu-satunya larian di Malaysia yang menjanjikan pengalaman marathon bertaraf dunia di lebuhraya ikonik negara.
Keyword :
- IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025
- Larian di lebuhraya Malaysia
- Marathon di lebuhraya BESRAYA dan NPE
- World Athletics certified marathon Malaysia
- Acara larian 2025 Malaysia
- Larian amal Malaysia autism
- Event marathon Malaysia 2025
- Larian unik Malaysia