Bro nak kongsi satu event yang Bro rasa korang wajib masuk tahun 2025 ni – iaitu Kuala Lumpur City Day Half Marathon 2025.
Kalau korang suka vibe aktif, suka selfie kat tempat cantik, dan suka dapat goodie bag penuh barang best, nahh… Ini event yang korang tak boleh miss langsung.
Sesuai sangat bagi peminat aktiviti larian atau sekadar nak try pengalaman baru yang sihat dan happening, ini lah peluang korang!
Link Pendaftaran https://bit.ly/KLCDHM25 (Diskaun 10% menggunakan kod : KLCDHM10)
Larian Tengah Bandar, Rasa Macam Pelancong Dalam Negara Sendiri
Acara KL City Day Half Marathon 2025 ni akan berlangsung pada 4 Mei 2025, dan tahun ni dah masuk edisi ke-9.
Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga WP Kuala Lumpur dan Pure Events, dengan sokongan penuh dari DBKL, Polis Diraja Malaysia, dan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
Yang paling Bro suka, adalah Route dia!
Kita akan mula dan tamat kat Dataran Merdeka, betul-betul depan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bagi route larian 10km & 21km bukan calang-calang. Akan lalu tempat ikonik, dan yang paling runner excited – laluan Bukit Tunku yang terkenal berbukit.
Cabaran dia padu, tapi view dia memang A++! Memang power untuk test stamina!
4 Kategori KL City Day Half Marathon 2025
Nak serius? Nak fun-fun je? No problem! KL City Day Half Marathon 2025 mempunyai 4 kategori ditawarkan, ikut gaya korang:
- Half Marathon 21KM – Buka mata, lari awal gila jam 4:00 pagi
- 10KM Race – Sesuai untuk pelari intermediate, jam 5:45 pagi
- 5KM Fun Run – Nak chill dan lari sambil bergambar, jam 7:15 pagi
- 3KM Fun Run – Bawa family, anak-anak, baby dalam stroller pun boleh, jam 7:30 pagi
Tahun lepas ada 10,000 pelari. Tahun ni sasaran dia 12,000 orang. Bayangkan energy dan vibe dia nanti – memang meriah gila bro!
Lagi best, acara ni mesra semua lapisan masyarakat, termasuk golongan OKU, keluarga dan kanak-kanak. Bro salute sebab ia selari dengan kempen “Sukan Untuk Semua” oleh kerajaan.
Powered by TBM – Penaja Utama Larian KL City Day Half Marathon 2025 Yang Gempak Ni!
Acara ni ditaja oleh TBM Malaysia, kedai barangan elektrik dan elektronik yang terkenal di Lembah Klang. Diorang ni ada 11 cawangan, dan sekarang TBM pun support gaya hidup sihat.
Memang respek!
Selain tu, ada juga penaja bersama macam Electrolux, LG, Panasonic, Samsung, Sharp dan Philips. Jadi korang boleh expect goodie bag nanti memang penuh barang best (belum lagi lucky draw)!
Untuk tenaga sepanjang larian, ada Red Bull Malaysia, 100 Plus, Milo, Mamee, Fitbar, N8 Energy Gel, Fruit Plus, Norigo dan Cap Kelapa Laut yang akan bantu kekalkan tenaga kita.
Ada Cosplay Sweeper? Serius Fun!
Nak lari tapi nak enjoy juga? Bro ada berita best – tahun ni ada Cosplay Sweeper!
Diorang akan lari sekali dengan kostum-kostum menarik, sambil bagi semangat kat semua peserta fun run. Confirm anak-anak excited, mak ayah pun gelak happy!
Bro juga akan turut serta sebagai cosplay runner (#BroSamurai) pada acara ini nanti.
Bukan Bro sahaja, bahkan rakan2 cosplay runner yang lain juga akan turut hadir, dan cheer up semua pelari santai macam yang menyertai acara ini.
Memang rare dan buat suasana jadi lebih happening dan penuh gelak ketawa.
Jangan risau pasal keselamatan. Sepanjang laluan, akan ada petugas trafik, stesen air minuman dan pasukan perubatan standby. Memang jaga semua peserta, dari mula sampai habis.
Pengurusan pun mantap. Kalau tengok edisi lepas, semua berjalan lancar. Tahun ni confirm lagi best sebab pengalaman penganjur makin bertambah.
Goodie Bag Meriah & Pengalaman Tak Boleh Dijual
Nak tahu kenapa Bro excited? Bukan sebab medal je. Goodie bag tahun ni memang heavy – dengan barang dari semua penaja.
Begitu juga dengan pengalaman dan vibe yang korang akan rasa sepanjang event ni .
Tapi bagi Bro, pengalaman dan semangat komuniti tu yang paling mahal. Bila kita lari sama-sama, rasa macam satu keluarga besar yang sokong gaya hidup sihat.
Jom Daftar Sebelum 25 April 2025!

Kalau korang tengah fikir-fikir lagi, Bro nasihatkan – jangan tunggu lama-lama. Pendaftaran ditutup pada 25 April 2025, dan tempat memang limited!
Link Pendaftaran https://bit.ly/KLCDHM25 (Diskaun 10% menggunakan kod : KLCDHM10)
Jangan tunggu last minute! Tempat terhad, dan event ni confirm penuh macam tahun lepas.
Lepas ini, jangan cakap Bro tak ajak korang semua join KL City Day Half Marathon 2025 dan terlepas pengalaman penuh semangat, gaya hidup sihat dan keseronokan dalam satu pakej ini.
Bawa keluarga, ajak kawan, dan mari kita cipta memori kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur!
Jumpa Bro kat starting line ya! (Finishing line pun boleh juga, janji jangan lupa bergambar dengan Bro Samurai).
Keywords:
- KL City Day Half Marathon 2025
- larian Dataran Merdeka 2025
- half marathon Kuala Lumpur
- larian bukit tunku
- daftar half marathon Malaysia
- acara larian Kuala Lumpur
- fun run Malaysia 2025
- TBM penaja marathon
- larian untuk OKU
- register marathon KL