Huawei Mate XT: Telefon Tri-Lipat Pertama di Dunia Kini di Malaysia!
Bro nak kongsi sesuatu yang memang rare kali ni! Huawei baru sahaja melancarkan telefon tri-lipat pertama di dunia, iaitu Huawei Mate XT, sekaligus membuka satu babak baharu dalam dunia telefon pintar.
Untuk meraikan inovasi ini, Huawei telah melancarkan Pop-up Store terbesar mereka di Pavilion Kuala Lumpur, membolehkan peminat teknologi merasai sendiri kehebatan teknologi lipat terkini dari jenama ini.
‘Unfold the Classic’ – Jelajah Teknologi Lipat Huawei
Dari 19 Februari hingga 25 Februari 2025, Pavilion Kuala Lumpur menjadi saksi kepada pameran eksklusif ‘Unfold the Classic’ yang mempamerkan pelbagai inovasi canggih Huawei.
Selain Huawei Mate XT, Huawei turut memperkenalkan Huawei Mate X6, jam tangan premium Huawei WATCH Ultimate, dan tablet produktiviti Huawei MatePad Pro 13.2.
Pameran ini bukan sekadar showcase biasa, tapi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri kehalusan seni bina, ketahanan luar biasa dan teknologi terkini dalam setiap produk Huawei.
Huawei Mate XT – Revolusi Telefon Tri-Lipat!
Huawei Mate XT bukan sekadar telefon lipat biasa, tapi telefon tri-lipat pertama di dunia yang mampu dilipat ke dalam dan ke luar dengan mudah.
Huawei berjaya merealisasikan teknologi ini dengan menggunakan skrin Multi-Directional Flexible Material yang tahan lasak serta Advanced Precision Hinge System yang menjadikannya ultra nipis dan ringan.
Bayangkan, dari skrin bersaiz telefon biasa, ia boleh dibuka menjadi tablet mini dengan pengalaman visual yang lebih luas. Memang level masa depan betul!
Huawei mengambil masa bertahun-tahun untuk menyempurnakan teknologi ini, dan hasilnya, kita dapat melihat gabungan seni reka yang elegan dengan teknologi inovatif yang menjadikan Mate XT sebagai salah satu peranti paling berkuasa dalam industri.
Huawei Mate X6 – Teknologi Lipat Dua yang Lebih Kemas & Tahan Lasak
Kalau ada yang cakap telefon lipat tak tahan lama, itu dulu! Huawei Mate X6 membuktikan bahawa telefon lipat kini lebih kukuh dan tahan lama dengan penggunaan generasi kedua kaca Kunlun, engsel lebih kuat, dan bingkai aluminium gred penerbangan.
Malah, Huawei siap demonstrasi ketahanan Mate X6 dengan mengangkat motosikal 150kg menggunakan skrin dalamannya!
Ini menunjukkan betapa hebatnya kejuruteraan Huawei dalam mencipta telefon lipat yang bukan sahaja bergaya, tapi juga tahan lasak untuk kegunaan harian.
Huawei MatePad Pro 13.2 & Huawei WATCH Ultimate – Teknologi untuk Gaya Hidup Mewah
Selain telefon pintar, Huawei juga membawakan Huawei MatePad Pro 13.2, tablet berprestasi tinggi dengan paparan OLED PaperMatte yang kurang silau dan lebih mesra mata.
Ditambah pula dengan NearLink Keyboard dan M-Pencil, memang sesuai untuk pengguna yang aktif dalam kerja kreatif atau produktiviti.
Bagi peminat jam tangan pintar, Huawei WATCH Ultimate tampil sebagai lambang kemewahan dan teknologi dalam dunia wearable.
Dengan tracking sukan yang canggih seperti golf dan rekaan premium, ia menjadikan smartwatch ini sebagai aksesori wajib bagi mereka yang mengutamakan gaya dan fungsi.
Jemputan Terbuka ke Pop-up Store Huawei di Pavilion KL!
Huawei bukan sekadar melancarkan produk hebat, tapi juga mahu pengguna merasai pengalaman teknologi masa depan. Sebab itu, Pop-up Store Huawei Innovative Foldable di Pavilion KL dibuka kepada orang ramai dari 19 hingga 25 Februari 2025.
Kalau korang memang minat teknologi, ini adalah peluang terbaik untuk melihat sendiri bagaimana Huawei mengubah cara kita menggunakan telefon pintar dengan inovasi terkini.
Dan kalau korang berminat nak jadi antara pemilik terawal Huawei Mate XT, korang boleh buat pra-tempahan hingga 14 Mac 2025 di Huawei Experience Store, Shopee, Lazada atau TikTok Shop rasmi Huawei.
Jadi, kalau korang nak jadi antara yang pertama merasai revolusi ini, jangan lupa singgah ke Pop-up Store Huawei Innovative Foldable di Pavilion KL dan alami sendiri keunikan teknologi Huawei!
Keyword :
- Huawei Mate XT
- Huawei Mate X6
- Telefon lipat terbaik
- Teknologi lipat Huawei
- Huawei Pavilion Kuala Lumpur
- Huawei Pop-up Store
- Huawei MatePad Pro 13.2
- Huawei WATCH Ultimate
- Harga Huawei Mate XT
- Review Huawei Mate XT