The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan bangganya meraikan tahun ke-24 mereka dengan memperkenalkan menu baharu, Chicken Chup!
Menu ini boleh didapati di semua cawangan The Chicken Rice Shop (TCRS) seluruh negara dari 10 Jun hingga 11 Ogos 2024
Chicken Chup! merupakan hidangan unik dengan potongan ayam yang lembut bersama sos sentuhan lada hitam dan limau.
Ciptaan inovatif ini menawarkan pengalaman rasa yang lain daripada yang lain dengan dagingnya yang lembut dilapisi dengan sos yang kaya dengan perisa lada dan sentuhan limau yang menyelerakan.
Selama 24 tahun, TCRS telah menjadi mercu tanda dalam industri makanan Malaysia dan menawarkan suasana yang selesa di mana pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat berkumpul untuk menikmati hidangan yang lazat.
Ditubuhkan atas prinsip menyediakan masakan Malaysia yang autentik, TCRS terus berkembang dari sebuah kedai makan tunggal kini menjadi rangkaian yang meluas ke seluruh negara, melayan jutaan pelanggan yang berpuas hati.
Untuk memenuhi keperluan kumpulan yang berbeza, Chicken Chup! menawarkan tiga set: Set Chup Satu, Chup Dua, dan Chup Empat.
Bro ambil Set Chup Dua (untuk 2 orang) yang terdiri dari :-
- Chicken Chup!
- Single Serve Chicken (choice of Roast, Steamed, or Soy Sauce)
- Nyonya Pai Tee (regular)
- Pak Choy with Oyster Sauce or Spicy Savoury Ladies’ Fingers (regular)
- 2 Bowls of Rice
- 2 Soup of the Day
Selain itu, untuk melegakan dahaga anda, TCRS memperkenalkan minuman terhadnya, Chup and Chill, minuman berkarbonat dan menyegarkan sebagai pelengkap pada hidangan terbaru ini.
Sempena sambutan Ulangtahun ke-24 TCRS, sertai peraduan Chup and Snap untuk mendapatkan peluang memenangi ganjaran yang luar biasa.
Jangan lupa join peraduan ini untuk menangi pelbagai hadiah seperti :-
- Hadiah Pertama – Samsung S24
- Hadiah Kedua – Artiq Air Air Conditioner
- Hadiah Ketiga – OSIM uAlpine Smart 2 Air Purifier
- Hadiah Keempat – Xiao Mi robot vacuum X10
- Hadiah Saguhati – Baucar Petronas/ Baucar Harvey Norman/ RM100 Kredit TNG/ RM100 Baucar SedapZ
Teruskan mengikuti khabar terkini dengan mengikuti @thechickenriceshop di Instagram.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.