Sekuel Filem Mat Kilau, PENDEKAR AWANG: Darah Indera Gajah, akan mula ditayangkan di pawagam bermula 11 Jan 2024 terbitan Studio Kembara milik Abdul Rahman Mt Dali.
Beliau merupakan seorang usahawan mapan Malaysia yang telah menubuhkan beberapa institusi seperti Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), Murni International College, Akademi AMPAC, dan yang terbaru Studio Kembara bagi menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Penubuhan Studio Kembara bertujuan untuk menonjolkan kepada masyarakat keistimewaan bangsa Melayu dan seterusnya menjulang martabat Melayu serta memberi motivasi agar anak watan bersedia berkhidmat kepada tanah air tercinta, membina semangat patriotik untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara.

Atas kejayaan filem sulung beliau, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan perdana pada tahun 2022. Beliau kembali dengan skuel, yakni Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.
Menampilkan pelakon Fattah Amin sebagai watak utama di samping aktor lain seperti Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Nadhir Nassar, Nur Fazura dan ramai lagi.
Sinopsis Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah
Mengisahkan perjalanan hidup Awang yang mula dihantui oleh kejadian lepas, terpaksa bangkit dengan misi membantu Tok Gajah ke Terengganu untuk mendapatkan bantuan.
British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu, mengetahui agenda Tok Gajah ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan
dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Kapten Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.
Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat.
Dalam usaha untuk bangkit semula, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Beliau melihat bondanya dibunuh, begitu juga dengan kematian ayahandanya. Lebih ketara bila kemampuan beliau dinafikan sendiri oleh adik kandungnya sendiri.
Berjayakah Awang bangkit dan membantu Tok Gajah dan Haji Sulong mendapatkan bantuan untuk mengalahkan askar British?
Review Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah oleh Bro Framestone

Tahniah Bro ucapkan kepada pihak penerbit Studio Kembara atas kesungguhan mereka untuk hadir dengan sekuel kepada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yakni Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Masih mengekalkan Fattah Amin sebagai Awang dengan jalan cerita diteruskan lagi berkisarkan tentang sejarah Tok Gajah.
Digandingkan pula dengan pasangnya sendiri, Nur Fazura menjadikan babak sepasang suami isteri antara mereka berdua lebih menjadi berbanding babak yang dibawa oleh pelakon lain.
Tidak dinafikan filem ini membawa penampilan khas seperti Mawi & Faizal Tahir, watak yang punyai kekuatan tetapi sekadar melengkapi babak permulaan. Begitu juga dengan beberapa watak yang lain.
Bagaimanapun, ada beberapa watak menarik perhatian Bro terutamanya watak Tobah & Kapten Syers yang dibawa oleh Amerul Affendi dan Geoff Andre Feyaerts. Masing-masing membawa watak dengan jayanya. Mampu membuat penonton rasa menyirap dan dalam sama yang sama turut terhibur.
Dari segi cinematografi, tidak mengecewakan dan berkualiti setanding dengan beberapa filem yang dihasilkan oleh negara jiran kita, Indonesia.
Cuma, babak peperangan agak mengecewakan bagi Bro. Di mana babak bertempur seperti dilakukan dalam ruangan / kawasan yang kecil. Gagal menampilkan babak peperangan itu sebagai satu babak klimak / penting kepada filem ini.
Cuma Bro nak ingatkan / pesan, ianya bukan cerita sejarah / dokumentari. So jika ada babak, aksi atau perwatakkan tak kena dengan apa yang korang pelajari atau dengar dulu. Just letak tepi, fokus dan hayati apa yang ingin disampaikan melalui filem ini.
Trailer Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah
Untuk pengetahuan anda, filem ini telah berjaya disempurnakan oleh 2 orang pengarah yakni Shahruddin Dali & Saiful Reza.
Ditanya mengenai pembabitan bekas pengarah, Areel Abu Bakar yang digugurkan, Abdul Rahman berkata, sebahagian hasil akhir filem ini turut menggunakan hasil kerja Areel.
Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Jan ini