Ingin tampil bergaya dan ‘trendy’ raya ini? Jom shopping raya di Trend Raya 2023 @ Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 7, 8 dan 9 April 2023.
Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini.
Melihat kepada situasi negara yang semakin pulih dari pandemik, tentunya selain daripada beraya sakan, Aidilfitri pada tahun ini pastinya mahu diraikan dengan penuh trendy.
Dan sudah pasti, untuk tampil bergaya lagi ‘trendy’ pada hari raya nanti, pembeli perlu mendapatkan barangan kelengkapan di lokasi yang tepat.
Ia akan berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Dengan kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Trend Raya 2023 merupakan anjuran Todak Fusion Sdn. Bhd., yang turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya ke acara yang bakal dilangsungkan ini.
Menyifatkan Trend Raya 2023 sebagai sebuah hub membeli-belah, Trend Raya bertujuan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan ‘indoorbazaar’ yang berkonsepkan ‘trendy’.
Turut diadakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023.
Selain itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini.
Para pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan.
Terdapat hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal dari pihak penganjur.
Pengunjung juga berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana-mana booth jualan di Trend Raya 2023.
Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi. Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini.
Trend Raya 2023
Mid Valley Exhibition Centre (Hall 3)
7, 8 dan 9 April 2023 | 10 pagi hingga 10 malam
Ikuti perkembangan terkini Trend Raya 2023 di Facebook & Instagram.
Melalui “Trend Raya 2023 ini, sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan.
Pihak Afiz Ayub Foundation bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf.
Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023.