January 26, 2025

Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Alfaro, Perkenalkan Koleksi Baju Raya Serendah RM59

Fasha Sandha Duta Alfaro

Tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha diatas lantikkan beliau sebagai duta koleksi pakaian jenama tekstil terkemuka Alfaro selama 2 tahun.

Menurut Pengasasnya, Mr. Farooq Ahmed pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Fasha Sandha kerana aktres itu memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan jenama Alfaro dengan lebih meluas.

Duta Jenama Alfaro

“Ini adalah jalinan pertama kami bersama selebriti terkenal dan saya yakin kerjasama dengan Fasha Sandha akan memberi impak besar kepada perniagaan kami.

Seperti semua tahu, Fasha Sandha juga mempunyai komitmen yang sangat tinggi selain disiplin kerja yang bagus dan ia buat saya tertarik kerana dua kriteria ini penting untuk seseorang mahu berjaya.

Malah siapa tahu, kehadiran Fasha Sandha juga mungkin akan memberi hasil jualan lebih daripada jangkaan sasaran kami,”

Menurut Fasha Sandha, beliau tertarik menjalinkan kerjasama ini apabila melihat keikhlasan pemilik Alfaro yang bersungguh-sungguh dalam memastikan produk keluarannya berkualiti tinggi buat pembeli.

“Saya berbesar hati apabila diberi peluang bekerjasama dengan Alfaro dan berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sehingga memberi kesan buat kita semua, saya mahu orang ramai turut merasa baju raya yang berkualiti dengan harga yang sangat berbaloi”

Fasha Sandha Duta Jenama Alfaro

Alfaro menyasarkan jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini. Ia melibatkan penjualan lebih 70,000 pasang baju bagi setiap kategori yang didatangkan pada harga yang sangat berpatutan.

Melihat kepada sambutan hangat pada jualan pada sambutan Ramadan dan Raya pada tahun lalu, Mr. Farooq Ahmed yakin hasil jualan pakaian pada tahun ini juga akan bertambah lebih 100 peratus.

Bagi koleksi tahun ini, Alfaro muncul dengan Abaya Dubai, Kurta, Baju Melayu dan Baju Kurung yang berharga serendah RM59 sehingga RM199.

Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju raya Alfaro juga boleh didapati di:

Corporate Office & Alfaro Mall
NO 171 Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur
0326029250

Alfaro Outlets

  • No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur. Tel 03-2202 7762
  • NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur .
  • Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak.
  • Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *