Nasi Lemak – boleh dikatakan ia salah satu dari makanan ruji rakyat Malaysia.
Walaupun pada asalnya sajian ini diperkenalkan sebagai sarapan lagi tetapi pada zaman moden hari ini, rakyat Malaysia di serata tempat telah terbiasa menikmatinya pada bila-bila masa, sama ada menikmatinya pada waktu pagi atau dijadikan sebagai makan malam.
Baru-baru ini, foodpanda Malaysia telah mengumpulkan beberapa hidangan kegemaran masyarakat tempatan ini untuk dinikmati para hadirin sempena majlis bersama media yang diadakan di Ibu Pejabat foodpanda di Bangsar South.
Majlis ini adalah satu daripada usaha yang dianjurkan oleh foodpanda Malaysia bukan sahaja menyediakan platform kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan juga HomeChef untuk mencapai kejayaan, malah turut memberikan mereka lebih banyak pendedahan jenama yang berpotensi untuk meningkatkan lagi jualan mereka.
Berdasarkan data yang ada, foodpanda Malaysia dapati sajian kegemaran ini terus menjadi salah satu pesanan tertinggi untuk kebanyakan pengguna foodpanda.
Di sini Bro senaraikan lima vendor foodpanda yang menyajikan Nasi Lemak yang sedap serta terkenal dan menghantar beratus pesanan kepada para pelanggan yang ingin menikmati nasi lemak.
Nasi Ayam Mafia
Terletak di Sepang, ia sememangnya terkenal dengan Nasi Lemak yang pedas dan berlemak. Rasanya yang cukup berbeza tidak dapat disangkal lagi apabila mereka menggunakan bahan-bahan segar yang diimport dari Thailand.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menggandingkan ayam goreng mereka yang rangup dan berjus.
Nasi Lemak Saleha
Kisah kejayaan perniagaan yang benar-benar memberi inspirasi.
Bermula dengan gerai di tepi jalan, Mat Isa Abdul Rahman dan Saleha Abdullah merupakan orang ‘kuat’ dan dan kini memiliki dua buah restoran dan sebuah kilang yang memproses bahan mentah dan ‘dapur’ untuk memasak sambal istimewa mereka.
Nasi Lemak daun pisang ini sangat diminati sehingga diiktiraf sebagai restoran paling aktif dan terkenal di Kampung Pandan dan berkembang maju selepas tersenarai di foodpanda.
Nasi Lemak Kukus SS19
Pastinya semua orang berpuas hati dapat menikmati Nasi Lemak wangi yang baru dikukus.
Di Nasi Lemak Kukus SS19, inilah pengalaman yang boleh anda jangkakan dan membuatkan anda ingin lebih banyak.
Kedai ini juga cukup dikenali dalam kalangan orang dewasa yang bekerja dan para pelajar universiti di Subang Jaya. Nasi Lemak mereka cukup terkenal dengan pelbagai pilihan lauk pauk untuk digandingkan bersama seperti sambal sotong, rendang ayam dan ayam goreng berempah.
Amira Cafe
Telah mula beroperasi sepanjang tahun 80-an dan juga 90-an, Nasi Lemak ini menjadi sajian utama sepanjang masa.
Santan yang diperah dan diparut secara berasingan adalah contoh-contoh yang membezakan Nasi Lemak ini dengan pesaingnya.
Bahan-bahan yang diimport dari India adalah petunjuk berapa banyak usaha, kasih sayang serta perancangan baik telah diarahkan terhadap penghasilan sajian sensasi ini.
Pak Li Kopitiam
Tahap kebersihan, keringkasan resepi dan juga kemesraan pemiliknya merupakan deskripsi yang tepat bagi kopitiam legenda ini yang telah berada 30 tahun dalam pembikinan.
Menjadi keutamaan kopitiam ini menghidangkan sajian tradisional rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan.
Nasi lemak ayam goreng berempah merupakan pilihan para pelanggan setianya. Sambalnya cukup terkenal dengan rasa unik yang tidak boleh didapati di mana-mana.
Gandingan bersama ayam goreng pastinya membuatkan anda menjerit PADU WEY!
“Usaha foodpanda sebelum ini telah pun terbukti terutamanya ketika pelancaran HomeChefs khusus untuk peniaga-peniaga kecil serta faedah istimewa seperti skim insurans dan banyak lagi. Dengan semua perkhidmatan kami, kami ingin melayan anda – para pelanggan, para vendor, rakan-rakan kongsi penghantaran. Seluruh rakyat Malaysia.” – Jay Ar. Juan, Pengarah Komersial Kanan, foodpanda Malaysia.
Ketika negara beralih secara beransur-ansur ke fasa endemik, foodpanda terus memberi pengiktirafan bagi menzahirkan sokongan kepada vendor-vendor tempatan.
HomeChef untuk menawarkan sokongan yang amat mereka perlukan dan pada masa yang sama menghormati hidangan tradisional sepanjang zaman seperti Nasi Lemak yang memainkan peranan penting dan melambangkan identiti Malaysia.